Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keraguan itu timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan mereka.
Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat SunPrestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.
“PKR meminta Awang Adek menjelaskan beberapa keraguan, mengapakah pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang juga dimiliki Hon Cheong pada harga RM550,000?
“Kedua, mengapakah Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dakwa Saifuddin lagi, Hon Cheong turut dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.
“Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insurans hartanah, pembayaran cukai jalan, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Hon Cheong,” katanya.
Selain itu, Saifuddin memberikan tempoh tiga minggu kepada Awang Adek menjelaskan segala dakwaan dan mencabarnya menafikan mempunyai hubungan dengan individu dan syarikat terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan