HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Jun 2012

Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!

Staff Berita Semasa
 
Debat Najib Anwar Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!


Selama ini, kita seringkali mendengar Kementerian Pengajian Tinggi ini melaung-laungkan kewujudan platform speaking corner yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh kalangan para mahasiswa. Yang lebih ironinya debat peringkat universiti pula diberi nama DEBAT PIALA PERDANA MENTERI tetapi dalam pada masa yang sama debat dikatakan bukan budaya kita? Di mana kebenarannya? 

Jika acara debat dikatakan bukan budaya Malaysia, mengapa tidak debat dijadikan budaya baru Malaysia? Mengapa tidak bukan? Ini kerana dengan debat kita boleh mengelakkan “masalah seperti baling batu sembunyi tangan” yang bergitu menular dalam masyarakat hari ini.

Rakyat boleh menilai dan memerhatikan sendiri pelbagai platform yang berbeza di atas platform yang sama. Jika sekarang kita lihat acapkali budaya kutuk mengutuk dalam media cetak mahupun media elektronik, masing-maisng tuduh menuduh, lebih baik bagi pendangan kami, diadakan sahaja acara debat dan dipergiatkan lagi. Sekurang-kurangnya ia membuatkan rakyat berfikiran matang serta membuka minda untuk menganalisis maklumat dan pendapat setiap pemimpin yang ada di Malaysia ketika ini.

Debat Perdana : Debat Tidak Penting, Yang Perlunya Maklumat Sampai Kepada Rakyat 

Debat Najib  Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!

Sebelum ini sudah pun pernah diadakan beberapa acara debat pada tajuk yang berbeza-beza. Kalau sebelum ini kita sudah melihat pimpinan kerajaan turun menyahut cabaran debat bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berlakau di Malaysia termasuklah :
  1. Khairy Jamaluddin bersama Rafizi Ramli dalam debat PTPTN
  2. Chua Soi Lek bersama Lim Guan Eng dalam debat berkenaan dengan halatuju masyarakat Cina
  3. Shabery Chik bersama Anwar Ibrahim dalam debat harga minyak dan
  4. Saifuddin Abdullah bersama Salahuddin Ayub dalam debat demokrasi negara.
Tahniah kami ucapkan kepada semua kerana tampil berdepan di hadapan rakyat bagi membahskan tajuk-tajuk yang dekat dengan rakyat Malaysia ketika ini…..

Debat Perdana Najib Anwar Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!! 

Apapun kalangan pemimpin kerajaan yang kami kagumi antara Khairy Jamaluddin dan tidak lupa juga kepada Datuk Saifuddin Abdullah yang mempunyai keberanian dan kepintaran berhujah. Memang ada nampak kematangan, keupayaan menangani provokasi penonton, dan kepintaran berhujah. Bukan mudah untuk berdepan dengan rakyat apatah lagi “terpaksa” berkongsi satu platform yang sama di mana akan wujudnya 2 pendapat yang bebeza-beza di atas pentas yang sama.

Tetapi jika budaya debat dan perbahasan dikalangan ahli-ahli politik dipupuk daripada sekarang, budaya itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal sebenarnya.
“Debat merupakan budaya ilmu”
Sebenarnya debat ini melatih seseorang individu supaya dapat berfikir dengan lebih tangkas, otak berfikir dalam menyusun idea dan ayat. Ayat yang keluar daripada mulut pendebat mestilah ada koordinasinya supaya ayat/idea yang bernas yang dirancang dapat dilontarkan dengan baik. 

Sebelum ini, Datuk Najib melalui kenyataan di Facebook rasminya mempersoalkan sebarang cabaran debat yang dilontarkan kepadanya, apatah lagi cabaran untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim.

debat Anwar Ibrahim Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!

Nampaknya, selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan suatu budaya yang menjadi kelaziman di Malaysia. Setiap kaum dan kalangan rakyat Malaysia mempunyai pergertian dan pemahaman yang tersendiri mengertai, apa itu debat. Apa kata anda pula mengenai debat Perdana Najib VS Anwar ini?

P/S ; Kami masih lagi mengharapkan Datuk Seri Najib mempertimbangkan semula apa yang dimaknakan sebagai perbahasan di antara pemimpin yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Tiada ulasan: