SEDAKA SEJAHTERA
SHAH ALAM:
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan
ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru
seperti hendak menemui ajal.
Sharifah
Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh
paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau
beranggapan ajalnya semakin hampir.
"Pada
ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil
nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak
lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari
Madinah.
"Dan
kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti.
Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah
ingin melanjutkan lagi usia saya.
"Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya.
Kak
Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada
petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari
selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama
10 hari.
Tambah
Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan
pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit.
"Bayangkan,
saya ditahan di hospital selama 15 hari dan ia merupakan jangka masa
yang sangat lama. Alhamdulillah masa rehat itu membuatkan diri ini
semakin pulih.
"Ia
juga menyedarkan saya bahawa saya telah 'mendera' tubuh ini dengan
bekerja keras tanpa memberi ruang untuk berehat," ujarnya.
Dalam
pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi
kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan
bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu.
"Komitmen
sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya
dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri,
lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang
ke hospital.
"Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan