| Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN |
|
KERAJAAN
Persekutuan digesa mengharamkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian
India Muslim Sabah (DPPIMS) yang selama ini menjadi pelindung kepada
pendatang haram India yang mendapat kerakyatan songsang di Sabah.
Aktivis Masyarakat
dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu membuat gesaan demikian
sebagai mengulas keputusan Perdana Menteri untuk melaksanakan penubuhan
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi isu PATI dan kerakyatan
songsang di Sabah setelah terma rujukan (TOR) diselesaikan dalam masa
yang terdekat.
Menurut
Patrick, 99 peratus ahli DPPIMS adalah pendatang asing India yang
mendapat atau membeli Mykad Projek daripada Sindiket Kad Pengenalan;
termasuk daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah.
Sebagai
contoh kata Patrick, Setiausaha Agung DPPIMS, Mohd Ansar Bin Maidin
telah dikenalpasti sebagai PATI daripada India yang memalsukan dokumen
pengenalan diri untuk mendapatkan kad pengenalan merah bernombor
H6033634 sebelum mendapatkan Mykad 620617-12-5063 menggunakan dokumen
orang mati tanpa proses Warganegara.
Menurut
Patrick, pada 5 Februari 2009, seorang Warganegara Malaysia, Kamaruddin
Omar (590829-10-5633/6884049) telah membuat Surat Akuan Bersumpah di
Mahkamah Kota Kinabalu dan telah menyerahkan sesalinan kepadanya yang
antara lain mendakwa bahawa Setiausaha Agung DPPIMS, Mohd Ansar Maidin
adalah pendatang haram India yang memalsukan keterangan diri untuk
mendapatkan kad pengenalan Malaysia dengan syubahat seorang warganegara
Malaysia.
Dalam
Surat Sumpah tersebut kata Patrick, Kamaruddin menyifatkan Presiden
DPPIMS, Datuk Baisul Khan Salman Faris adalah 'Penjenayah' kerana
melindungi Warga India yang mendapat kad pengenalan projek melalui
sindiket yang ditumpaskan Kerajaan Malaysia pada 1995.
"DPPIMS
harus dibubarkan SERTA MERTA kerana adalah Pertubuhan Haram di sisi
undang-undang kerana 99 peratus ahlinya adalah pendatang haram India,"
ujar Patrick yang menunjukkan salinan beberapa pasport India Majlis
Tertinggi DPPIMS.
Tegas
Patrick, usaha Perdana Menteri akan menjadi sia-sia jika isu kerakyatan
songsang ini jika rakyat Sabah tidak memberikan sokongan padu; terutama
masih memberi sokongan moral dan material terhadap semua rangkaian
restoran dan kedai milik ahli DPPIMS.
"Tiba
masanya kita memboikot semua warga asing yang mendapat kerakyatan
songsang Malaysia dengan memulaukan restoran dan premis niaga mereka.
Jika tidak semua usaha kerajaan hanya menjadi sia-sia," kata Patrick
yang menggesa agar Jabatan Penguatkuasa tidak lagi melindungi
warganegara songsang yang mengamalkan rasuah bagi mendapatkan suaka
politik dan ekonomi.
Memandangkan
JPN telah mengemaskinikan semua data PATI yang mendapat Mykad, maka
segala usaha rakyat Sabah, kata Patrick, untuk menghadapkan mereka ke
mahkamah menaruh harapan tinggi agar RCI akan menjadi realiti.
Patrick
turut mendedahkan bahawa semua gambar aktiviti dan juga blog NGO
berkenaan iaitu dppimsab02.blogspot.com telah dipadam SERTA MERTA tanpa
alasan yang munasabah..
Dalam
pada itu, berikut adalah Surat Akuan Sumpah yang dibuat Kamaruddin Omar
sebagaimana yang diserahkan Patrick kepada Sabahkini.net;
BAHAWASANYA,
saya KAMARUDDIN BIN OMAR (KP: 590829-10-5633/6884049) seorang
Warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di Kampung Gambaron 2,
Telupid, Sabah dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa;
1. Saya adalah pemilik Restoran Zam Zam di Pekan Papar sekitar tahun 1983 hingga 1990.
2.
Saya kenalpasti dan mengesahkan bahawa Setiausaha Agung Dewan
Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIM) sekarang iaitu
Mohd Ansar Maidin adalah pendatang haram dari India.
3.
Pada 1983, Ansar atau lebih dikenali dengan nama Ansari yang ketika itu
memegang pasport pelawat India pernah bekerja dengan saya sebagai
pembuat roti canai selama satu tahun sebelum diberhentikan kerana Ansari
tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara sebagaimana yang disyaratkan
mengikut undang-undang.
4.
Ketika bekerja dengan saya, Ansari bernikah dengan seorang pendatang
haram Filipina bernama Rakhi dan isterinya sedang mengandung anak
pertama semasa Ansari diberhentikan.
5.
Pada 1989, saya terserempak dengan Ansari di Restoran Muslim di Pekan
Papar dan dia menunjukkan kepada saya sekeping kad pengenalan bermutu
tinggi (bunga raya) di atas nama Mohd Ansar Maidin dan mengakui
miliknya.
6. Ketika itu Ansari berkata, "Ini bukan IC Projek, Ini IC original."
7.
Saya bertanya Ansari, bagaimana beliau dapat IC ini, lalu Ansari
menjelaskan bahawa beliau mempunyai seorang ibu angkat berketurunan
India-Dusun di Kawang, Papar yang mengakui Ansari adalah anak kandungnya
dengan bayaran RM7,000 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Sahaja).
8.
Setelah berjumpa beliau, saya terus ke Balai Polis Papar membuat
laporan terhadap Ansari dan ibu angkatnya kerana memalsukan keterangan
diri untuk mendapat Surat Lahir Daftar Lewat tetapi tidak ada sebarang
tindakan diambil sehingga ke hari ini.
9.
Sehubungan itu, saya mencabar Ansari dan ibu angkatnya mengadakan ujian
DNA untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai hubungan, atau jika
enggan, Kerajaan Malaysia hendaklah menangkap Ansari dan ibu angkatnya
untuk diadili di Mahkamah Undang-Undang.
10.
Saya juga mencabar DPIM agar memecat Ansari jika benar mereka tidak
melindungi Pendatang Haram India kerana DPIM adalah Pertubuhan Haram
jika masih mengekalkan Ansari sebagai Setiausaha Agung DPIM.
11.
Saya membuat surat akuan ini kerana bersedia menjadi saksi kerajaan di
mana-mana Mahkamah Keadilan untuk membuktikan bahawa Dewan Perniagaan
India Muslim (DPIM) Sabah merekrut Pendatang Haram daripada India yang
mendapat kad pengenalan projek daripada sindiket yang ditumpaskan
Kerajaan Persekutuan pada 1995.
DAN
saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang
tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Undang-Undang Surat
Akuan 1960.
DIPERBUAT dan dengan sebenarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu;
KAMARUDDIN BIN OMAR
|


Tiada ulasan:
Catat Ulasan