PAHANG DAILY
Ramai pemerhati yang melihat debat Sinar antara Saifuddin Abdullah (BN) dengsn Salahuddin Ayub (PAS) yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani malam tadi amatlah baik dalam usaha kita menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.

Tajuk demontrasi jalanan yang dikupas oleh kedua-dua pendebat,
memperlihatkan pendekatan baru dalam memberi peluang kepada rakyat untuk
membuat penilaian sendiri. Apa yang jekas, hujjah-hujjah yang
dikeluarkan oleh Salahuddin dilihat lebih bernas dan berkualiti dari
Saifuddin.
Malah, pada sesetengah tempat Saifuddin dilihat hilang punca
dan sering mengeluarkan kenyataan selamat kononnya tidak mahu lari dari
tajuk. Walhal, kita dapat lihat sendiri dengan jelas Saifuddin tidak
berupaya berhujjah sedemikian rupa kerana jiwa dan hati beliau sendiri
pun melihat demokrasi di Makaysia pincang.
Lantaran itulah tidak hairan dia dikatakan antara pemimpin UMNO yang berani bercakap menentang arus dalam sesetengah isu. Terkadang, agak simpati melihat nasib Saifuddin kerana masa depan politik beliau bersama UMNO BN sekarang "umpama telur dihujung tanduk" sebenarnya.
[Usaha sedang dilakukan oleh pihak tertentu di Temerloh, untuk meletakkan calon lain bertanding di situ pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.
[Usaha sedang dilakukan oleh pihak tertentu di Temerloh, untuk meletakkan calon lain bertanding di situ pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.
Beliau tidak digemari oleh UMNO Temerloh kerana keterbukaannya itu.
Justeru, amatlah wajar seperti cadangan Salahuddin agar satu hari nanti
dia bersama Pakatan Rakyat. Masa depan politiknya akan lebih bersinar
jika dia kembali kepada rakyat sebenarnya.
Keputusan terletak ditangan
beliau. Jika terus bersama UMNO, nasibnya tidak menentu kerwna parti itu
tidak gemar pemimpin yang bersikap terbuka atau neutral.
Apapun, syabas
kepada Sinar Harian atas anjuran debat malam tadi. Semoga ia dapat
diteruskan pada masa akan datang. Tidak sabar rasanya menanti debat
Anwar-Najib, apakah ia akan menjadi kenyataan agaknya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan