Shahbudin Husin
Meminjam
kata-kata moderator debat, Prof Mohamad Abu Bakar yang menyifatkan
Saifuddin Abdullah, Ahli MT UMNO adalah suara siuman di antara suara
yang sumbang, tidak syak lagi menyerlahkan hakikat bahawa beliau adalah
antara pemimpin UMNO yang berani, terbuka dan sesuai dengan kehendak
semasa.
Saifuddin adalah pemimpin kedua UMNO yang berani berdebat dengan
pembangkang setelah Ketua Pemuda UNNO, Khairy Jamaluddin menunjukkan
keberanian berdebat dengan Pengerusi Bersih, S Ambiga dan Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.
KJ telah berdebat mengenai sistem pilihanraya dengan S Ambiga manakala dengan Rafizi pula berkenaan tabung pendidikan, PTPTN.
Saifuddin
(gambar) pula pada malam 19 Jun lalu telah berdebat dengan Naib
Presiden Pas, Sallahuddin Ayob dengan tajuk “demonstrasi jalanan,
meruntuh atau mengukuhkan demokrasi”
Dalam
situasi gelora anak muda begitu membara dan pelbagai isu meledak di
atmosfera politik, debat antara dua parti yang berbeza pandangan mampu
melahirkan kematangan dan penunjuk arah yang jelas kepada rakyat dalam
membuat pilihan terhadap parti dan pemimpin yang terbaik.
Di Amerika dan beberapa negara Eropah, debat sudah menjadi antara medium yang diterima rakyat mereka dalam memilih pemimpin.
Di ketika
semua pemimpin UMNO takut untuk diajak berdebat,termasuk Perdana
Menteri sendiri, KJ dan Saifuddin yang berani berdebat adalah
penyelamat dan pembawa suara yang menunjukkan UMNO masih dilihat siuman
dengan sikap terbuka, matang dan berani meskipun pemimpin lain gemar
memperlihatkan watak sumbang di mata rakyat.
Soal
menang atau kalah dan siapa yang dilihat lebih berwibawa bukanlah soal
penting dalam debat tetapi yang lebih mustahak ialah keberanian dan
kematangan yang ditunjukkan dalam debat tersebut.
KJ dan
Saifuddin mungkin telah memenuhi selera anak muda dan rakyat
kebanyakannya. Mereka juga mungkin digambarkan sebagai antara pemimpin
masa depan yang masih ideal untuk negara ini.
Cumanya, masih idealkah mereka di hati UMNO?
Seperti
KJ, sejak keberaniannya berdebat, perdebatannya tentang masa depan
politiknya mulai diperkatakan. Ramai yang mengatakan beliau mungkin
akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang ini.
KJ sendiri menyedari hakikat itu. Sementara kedudukannya masih 50-50 antara menjadi calon atau tidak, KJ secara terbuka mengakui beliau masih mahu bertanding di Rembau. Beliau juga lebih rela tidak bertanding jika pucuk pimpinan mahu meletakkannya di tenpat lain. Ini berikutan terdapat ura-ura mahu meletakkan KJ di Kepala Batas menggantikan Pak Lah yang sudah pun mengumumkan akan mengundur diri.
KJ sendiri menyedari hakikat itu. Sementara kedudukannya masih 50-50 antara menjadi calon atau tidak, KJ secara terbuka mengakui beliau masih mahu bertanding di Rembau. Beliau juga lebih rela tidak bertanding jika pucuk pimpinan mahu meletakkannya di tenpat lain. Ini berikutan terdapat ura-ura mahu meletakkan KJ di Kepala Batas menggantikan Pak Lah yang sudah pun mengumumkan akan mengundur diri.
Dengan
menyebut masih mahu bertanding di Rembau, bermakna KJ tahu ada usaha
mahu meminggir atau meletakkannya bertanding di tempat lain dengan
maksud yang sama.
Walaupun
KJ (gambar)juga secara terbuka berkata akan terus mempertahankan
jawatan Ketua Pemuda yang sedang disandangnya dan memerlukan sepenggal
lagi bagi meneruskan segala perancangan yang sudah diatur dalam Pemuda
UMNO, ini sama-sekali tidak menjamin beliau akan dicalonkan lagi untuk
penggal kedua.
Kekangan
KJ ialah kerana beliau menunjukkan aksi beraninya di kalangan pemimpin
UMNO yang penakut. Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie
Afdal, Ahmad Maslan dan lain-lain pemimpin UMNO adalah pemimpin
penakut yang terang-terang menolak debat. Dalam komuniti penakut, orang
berani tidak akan diterima.
Sebab lain
yang memungkinkan KJ kecundang di tengah jalan ialah faktor Mahathir.
Dengan Mahathir kini memainkan peranan utama untuk memenangkan Najib
dan UMNO dalam pilihanraya ini, harapan KJ untuk terus bernafas dengan
selesa tentunya amat tipis.
Kekerapan
Mahathir mengungkit-ungkit punca kelemahan UMNO yang dikaitkan dengan
era pentadbiran Pak Lah adalah lontaran “pukul bapa sindir menantu”
yang ditujukan kepada KJ supaya orangramai melihat punca kelemahan UMNO
di zaman Pak Lah juga berpunca daripada campurtangan KJ melalui apa
yang dipanggil “budak-budak tingkat 4″ yang sering disebut oleh
Mahathir sebelum ini.
Jika ini
difahami oleh Najib, tindakan mencalonkan semula KJ pastinya mengundang
bahaya kepada Najib sendiri, terutamanya jika UMNO dan BN hanya
mendapat kemenangan tips dalam pilihanraya nanti.
Najib
mungkin lebih disenangi Mahathir jika akur kepada bekas PM itu dan
sedia menggugurkan KJ sebagai calon pilihanraya. Jika berdebat pun
takut, beranikah Najib menyanggah Mahathir?
Sebagaimana
KJ, masa depan politik Saifuddin di Temerloh juga mulai diperkatakan
selepas debatnya dengan Salahuddin. Terdapat ura-ura bahawa beliau akan
digugurkan sebagai calon oleh UMNO dalam pilihanraya akan datang ini
dan gerakan meminggirkan beliau dikatakan sudah pun bermula.
Jika
sebelum ini Saifuddin dilihat sebagai pemimpin yang terbuka dan
disenangi oleh orang muda serta mahasiswa dan beberapa tindakannya
sebelum ini sudah pun menimbulkan kecurigaan banyak pihak dalam UMNO,
keberaniannya berdebat bagai meletakkan dirinya dalam kedudukan yang
lebih meruncing.
UMNO
Temerloh yang diketuai oleh Sharkar Shamsuddin dikatakan sudah mulai
mencantas beberapa aktiviti yang sepatutnya dihadiri oleh Saifuddin.
Blog-blog pro UMNO pula sudah sekian lama menyerang Saifuddin dengan
pelbagai andaian dan analisa yang menggambarkan seolah-olah beliau
tidak sesuai lagi menjadi Ahli Parlimen UMNO.
Saifuddin
juga dituduh sebagai suara PKR dalam UMNO. Keberaniannya berdebat
adalah alasan terbaik untuk pihak yang penakut untuk mengenepikannya.
Jika debat
telah mengangkat Saifuddin dan KJ sebagai antara pemimpin UMNO yang
masih disukai, ideal dengan kehendak zaman, berani serta matang, debat
yang sama juga mungkin membawa malapetaka kepada masa depan mereka
berdua.
Dengan
berani berdebat sedangkan Najib sendiri masih takut untuk berdebat
dengan Anwar, mereka berdua mungkin makin jauh di hati Najib.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan
90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000
menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan,
Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda
dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah
buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan
Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan