MALAYSIA KINI
Walaupun
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik
Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh
dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz.Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.
Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.
Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.
Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000.
1 ulasan:
selama ni umno taja ketua bahagian dan ketua cawangan depa menunaikan haji, boleh pulak. kat tempat kami ni setiap tahun umno taja org kuat depa pegi haji, nak bukti kami boleh tunjukkan.cuba siasat nazri benggong ni pi haji atas tajaan umno juga kot.
Catat Ulasan