KEADILAN DAILY
PEKAN : Tahukah anda dalam Parlimen Pekan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih ada dua beranak hidup bergelap tanpa bekalan elektrik selama lebih setahun.Kedaifan mereka yang tinggal di Kampung Sekukuh Darat itu disebabkan ketiadaan kotak suis utama di rumah yang diperoleh daripada bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Warga emas, Habsah Sulaiman, 74, dan anak keduanya, Mahadi Osman, 45, hanya bergantung kepada aktiviti mengutip ketam nipah sebagai sumber pendapatan.
“Kami tinggal di rumah PPRT ini sejak lima tahun lepas namun ketiadaan bekalan elektrik sejak lebih setahun lalu akibat kerosakan pada kotak suis utama menyebabkan kami menggunakan lilin pada waktu malam,” kata Mahadi dipetik Sinar Harian.
Menurut Mahadi, pendapatan kecil setiap hari menyebabkan mereka tidak cukup wang untuk memasang sistem pendawaian di rumah.
“Arwah ayah, Osman Latiff meninggal dunia pada 1969 akibat demam panas dan kami tiga beradik dibesarkan ibu yang bekerja sebagai nelayan kecil dan mengutip ketam nipah.
“Kini ibu semakin uzur namun masih turun ke sungai untuk mencari ketam nipah yang mana hasil kutipan paling banyak hanya kira-kira RM30 sehari,” katanya dipetik.
“Saya berharap agar ada pihak sudi membantu mendapatkan kotak suis utama bagi memastikan kehidupan kami lebih baik dengan memperoleh kemudahan bekalan elektrik,” katanya lagi.
Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan terbukti gagal membantu rakyat di kawasannya sedangkan beliau mempunyai kemewahan dan kemampuan yang melebihi untuk membantu penduduk setempat.
Malah ini merupakan tanggungjawab beliau selaku Perdana Menteri untuk meringankan beban rakyat.
Tidak malukah Najib berhadapan keadaan ini ketika beliau berdegar-degar mengumumkan pelbagai program transformasi tetapi meminggirkan warga emas di bawah Parlimennya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan