Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya menyerahkan kepada UM untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor.
“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak universiti untuk mengambil sebarang tindakan atau dakwaan ke atas saya," kata Haziq ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Haziq menambah, buat masa ini, tiada sebarang tindakan dan tiada sebarang respons yang diberikan oleh pihak UM berhubung kes tersebut.
"Tetapi jika pihak universiti mendakwa saya atau kenakan sebarang tindakan undang-undang, saya akan membawa peguam bersama dan serahkan sepenuhnya kepada peguam bagi menghadapi kes ini," katanya.
Haziq, 20 yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW 1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan