NGO
Gabungan Tanah Rakyat Johor (TANAH) hari ini menyerahkan memorandum
mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah yang didakwa masih
berlarutan ekoran aduan pelbagai pihak.
Pengerusi
TANAH Mazlan Aliman berkata aduan berkenaan dikumpul melalui Pusat
Aduan Rakyat Johor, seliaan NGO tersebut, yang mengadakan satu dialog
pada 31 Mac lalu.
Memorandum yang diserahkan kepada wakil menteri besar hari ini memuatkan memuatkan kes termasuk dakwaan bahawa kerajaan negeri mengalami kerugian RM49.74 juta kerana menjual sebidang tanah pada harga lebih rendah daripada penilaiannya.
Selain itu, memorandum tersebut juga secara kasar menyebut mengenai kegagalan Malaysia menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh di perairan Johor, dan juga penjualan tanah pajakan Keretapi Tanah Melayu Bhd kepada Singapura.
"Walaupun kita sebelum ini membuat desakan tetapi kerajaan negeri bersikap dingin untuk menjawab tuntutan kita. Kita mahu isu ini dibincang secara konsisten oleh kerajaan negeri," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
Mazlan
berkata penyerahan memorandum itu merupakan langkah susulan kepada
Perhimpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 5 Mei lalu.
Mazlan berkata pihaknya juga menggesa kerajaan negeri menyediakan mekanisme jangka masa panjang bagi mempertahankan tanah rizab Melayu dan membela nasib Orang Asal di negeri itu.
Delegasi kira-kira 20 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai Mazlan yang turut disertai enam ADUN Pakatan di negeri itu termasuk ketua pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau.
Memorandum berkenaan diterima oleh exco kanan Datuk Ahmad Zahri Jamil di bangunan DUN hari ini.
Memorandum yang diserahkan kepada wakil menteri besar hari ini memuatkan memuatkan kes termasuk dakwaan bahawa kerajaan negeri mengalami kerugian RM49.74 juta kerana menjual sebidang tanah pada harga lebih rendah daripada penilaiannya.
Selain itu, memorandum tersebut juga secara kasar menyebut mengenai kegagalan Malaysia menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh di perairan Johor, dan juga penjualan tanah pajakan Keretapi Tanah Melayu Bhd kepada Singapura.
"Walaupun kita sebelum ini membuat desakan tetapi kerajaan negeri bersikap dingin untuk menjawab tuntutan kita. Kita mahu isu ini dibincang secara konsisten oleh kerajaan negeri," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
Mazlan berkata pihaknya juga menggesa kerajaan negeri menyediakan mekanisme jangka masa panjang bagi mempertahankan tanah rizab Melayu dan membela nasib Orang Asal di negeri itu.
Delegasi kira-kira 20 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai Mazlan yang turut disertai enam ADUN Pakatan di negeri itu termasuk ketua pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau.
Memorandum berkenaan diterima oleh exco kanan Datuk Ahmad Zahri Jamil di bangunan DUN hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan