Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tindakan rakyat turun ke jalan
raya "sekali-sekali" tidak mengapa selepas sekian lama berlembut
terhadap kerajaan berhubung sesuatu tuntutan atau permintaan.
Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran, beliau mengibaratkannya sebagai "sekali-sekali anak kena rotan, tak mengapa" untuk memastikan segala tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.
"Kalau Datuk Seri Najib (Razak) serius dan beriltizam untuk melakukan transformasi politik, Pakatan Rakyat bersedia engage dengan memberikan pandangan yang terbaik.
"Kita memasuki jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan, kita memberi sumbangan terbaik, ada Umno, PAS, PKR dan DAP. Kita participate (ambil bahagian). Kita beri pandangan terbaik untuk negara. Kita lupa siapa kita.
"Tapi sudah banyak kali kita buat dengan baik, minta dengan lembut, tak boleh, sekali-sekali ibarat anak rotan pun tak apa. Itu cara kita, sejauh mana ia wujud dalam kerangka negara kita," katanya.
Sambil membangkitkan isu penolakan permit akhbar harian kepada PAS dan tiada liputan dalam media arus perdana, Salahuddin berkata rakyat masih "belum mencapai" tuntutan tersebut.
Salahuddin menjawab soalan moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dalam satu majlis debat, berhubung sama ada demonstrasi jalanan satu pendekatan bijak dengan melihat pada situasi yang memerlukan.
'AS, Scandinavia tak jatuh dengan demo'
Debat Sinar Harian bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuhkan Demokrasi" itu berlangsung di Shah Alam malam tadi.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata di Amerika Syarikat dan negara Scandinavia yang disifatkannya "bagus pengamalan demokrasi", tidak pernah jatuh akibat demonstrasi rakyatnya.
Ini kerana, kata Salahuddin, negara itu mengamalkan urus tadbir dengan baik mengamalkan "pemisahan kuasa serta tidak rasuah".
"Sejuta
rakyat mereka di jalan raya, negara (itu) tidak jatuh. Hanya kerajaan
yang takut kepada demonstrasi sahaja," katanya sambil diiringi tepukan
dan laungan "betul" oleh penyokongnya.
Sementara itu, menjawab soalan penonton, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah "sedar dan faham" mengapa rakyat turun berhimpun di jalan raya.
Katanya, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak memusuhi individu atau pihak yang berhimpun turun ke jalan raya.
"Cuma malam ini tajuknya, nak mengukuhkan demokrasi. Tapi kalau tajuknya, bagaimana kita nak melaksanakan demokrasi, tak ada hal.
"Tetapi nak kukuhkan demokrasi. (Maka) timbul persoalan kewajaran dan kemunasabahan," katanya sambil mencetuskan persoalan sama ada kerajaan pada hari ini apakah "teruk sangat".
Sindir menyindir
Belum sempat beliau menjawab persoalan yang ditimbulkannya, para penonton terus mencelah dan ada bersorak sambil melaungkan "memang teruk".
"Tak apa. Kerajaan yang paling teruk yang disebutkan oleh Al-Quran adalah kerajaan Firaun.
"Dan Nabi Musa diutuskan oleh Allah SWT, untuk bertemu dengan Firaun, walaupun ada mukjizat, tongkat dan sebagainya, tapi apa arahan Tuhan pada Nabi Musa.
"Bercakap
dengan Firaun dengan lembut. Takkan dengan BN, dengan Datuk Najib
senyum-senyum macam tu, kita nak (kata) teruk sangat," katanya sambil
diiringi dengan sorakan sokongan kepadanya.
Lantas, Salahuddin sewaktu menjawab soalan berikutnya beliau turut menyelit dan menyindir Saifuddin dengan berkata:
"Datuk Saifuddin, beliau banyak baca buku. Tetapi tidak semestinya banyak baca buku, dalam konteks dia duduk dalam BN, dia faham hati nurani rakyat. Kadang-kadang ada benda dia kena simpan dahulu. Masuk Pakatan esok, Insya-Allah, dialah juara.
"Tadi dia kata Datuk Seri Najib, orangnya (suka) senyum. Iyalah, dia PM kita... Tapi dalam hal senyum itu, tarik balik royalti (minyak) Kelantan. Itu hak, itu demokrasi.
"Wang rakyat, balik kepada rakyat. Jangan senyum. (Kalau) senyum biar ikhlas," sindirnya sambil diiringi sorakan tepukan penyokongnya.
Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran, beliau mengibaratkannya sebagai "sekali-sekali anak kena rotan, tak mengapa" untuk memastikan segala tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.
"Kita memasuki jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan, kita memberi sumbangan terbaik, ada Umno, PAS, PKR dan DAP. Kita participate (ambil bahagian). Kita beri pandangan terbaik untuk negara. Kita lupa siapa kita.
"Tapi sudah banyak kali kita buat dengan baik, minta dengan lembut, tak boleh, sekali-sekali ibarat anak rotan pun tak apa. Itu cara kita, sejauh mana ia wujud dalam kerangka negara kita," katanya.
Sambil membangkitkan isu penolakan permit akhbar harian kepada PAS dan tiada liputan dalam media arus perdana, Salahuddin berkata rakyat masih "belum mencapai" tuntutan tersebut.
Salahuddin menjawab soalan moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dalam satu majlis debat, berhubung sama ada demonstrasi jalanan satu pendekatan bijak dengan melihat pada situasi yang memerlukan.
'AS, Scandinavia tak jatuh dengan demo'
Debat Sinar Harian bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuhkan Demokrasi" itu berlangsung di Shah Alam malam tadi.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata di Amerika Syarikat dan negara Scandinavia yang disifatkannya "bagus pengamalan demokrasi", tidak pernah jatuh akibat demonstrasi rakyatnya.
Ini kerana, kata Salahuddin, negara itu mengamalkan urus tadbir dengan baik mengamalkan "pemisahan kuasa serta tidak rasuah".
Sementara itu, menjawab soalan penonton, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah "sedar dan faham" mengapa rakyat turun berhimpun di jalan raya.
Katanya, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak memusuhi individu atau pihak yang berhimpun turun ke jalan raya.
"Cuma malam ini tajuknya, nak mengukuhkan demokrasi. Tapi kalau tajuknya, bagaimana kita nak melaksanakan demokrasi, tak ada hal.
"Tetapi nak kukuhkan demokrasi. (Maka) timbul persoalan kewajaran dan kemunasabahan," katanya sambil mencetuskan persoalan sama ada kerajaan pada hari ini apakah "teruk sangat".
Sindir menyindir
Belum sempat beliau menjawab persoalan yang ditimbulkannya, para penonton terus mencelah dan ada bersorak sambil melaungkan "memang teruk".
"Tak apa. Kerajaan yang paling teruk yang disebutkan oleh Al-Quran adalah kerajaan Firaun.
"Dan Nabi Musa diutuskan oleh Allah SWT, untuk bertemu dengan Firaun, walaupun ada mukjizat, tongkat dan sebagainya, tapi apa arahan Tuhan pada Nabi Musa.
Lantas, Salahuddin sewaktu menjawab soalan berikutnya beliau turut menyelit dan menyindir Saifuddin dengan berkata:
"Datuk Saifuddin, beliau banyak baca buku. Tetapi tidak semestinya banyak baca buku, dalam konteks dia duduk dalam BN, dia faham hati nurani rakyat. Kadang-kadang ada benda dia kena simpan dahulu. Masuk Pakatan esok, Insya-Allah, dialah juara.
"Tadi dia kata Datuk Seri Najib, orangnya (suka) senyum. Iyalah, dia PM kita... Tapi dalam hal senyum itu, tarik balik royalti (minyak) Kelantan. Itu hak, itu demokrasi.
"Wang rakyat, balik kepada rakyat. Jangan senyum. (Kalau) senyum biar ikhlas," sindirnya sambil diiringi sorakan tepukan penyokongnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan