HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Jun 2012

Pembantu Azmin dilarang memasuki Sarawak

KEADILAN DAILY

SARAWAK : Pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini ditahan memasuki Sarawak.

Hilman Idham ditahan kira-kira jam 10.17 pagi tadi oleh Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut twitternya, penahanan itu disahkan Imigresen bahawa terdapat larangan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

“(Saya) sudah menerima Notis Penolakan Masuk yang ditandatangani oleh Puan Wong Yeng Ching, Timbalan Penolong Pengarah Imigresan, Jabatan Imigresan Kuching,” katanya.

Beliau diarah meninggalkan Sarawak dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada 11.55 pagi.

Beliau turut dikenakan bayaran penalti RM100.

Hilman yang ditemui jurucakap rombongan Azmin di Pejabat Imigresan menjelaskan lebih lanjut berhubung penahanannya.

“Saya tiba di Kuching pagi tadi dalam jam 9 lebih menggunakan penerbangan AirAsia.

“Apabila ingin membuat pemeriksaan di kaunter Imigresan, saya dimaklumkan bahawa terdapat arahan dari Pejabat Ketua Menteri yang tidak membenarkan saya memasuki Sarawak tanpa sebarang alasan,” jelas beliau..

Menurut Pegawai Imigresen, yang dikenali sebagai Maten, pihaknya terpaksa menahan Hilman dan tidak membenarkan beliau memasuki Sarawak atas arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri.

Beliau juga enggan memberi alasan berhubung larangan itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menyifatkan sekatan itu menunjukkan sikap tidak demokrasi yang diamalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Kita lihat tindakan ini menunjukkan kepimpinan Barisan Nasional terutamannya di Sarawak telah melanggari amalan demokrasi negara ini.

“Malah prinsip 1Malaysia yang diagung-agungkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sendiwara semata-mata.

“Dan hari ini menyaksikan seorang lagi rakyat tidak dibenarkan masuk ke negeri ini tanpa sebarang alasan diberikan,” katanya.

Zakaria berkata, prinsip amalan BN Sarawak akan menggunakan kuasa mereka melebihi apa yang telah ditetapkan bagi menyekat kemasukan individu yang dilihat boleh mengancam kedudukan mereka di negeri itu.

“Kita akan memastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di Putrajaya di mana hak istimewa rakyat akan diberikan sepenuhnya,” jelas beliau lagi.
KEADILAN dalam rangka lawatan ke negeri itu selama dua hari bermula esok bertujuan melancarkan bahan kempen pilihan raya serta penyerahan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep 3.0).

Azmin dijangka tiba di Sarawak petang ini.

Tiada ulasan: