Pertubuhan
Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memberi kata dua kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada menyelesaikan masalah kerakyatan
anak-anak yatim di bawah seliaan mereka atau berdepan dengan
demonstrasi.
Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah berkata,
masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah kelolaan JKM sudah
berlarutan selama tujuh tahun dan sehingga kini masih belum
diselesaikan.
“Saya bagi tempoh dalam masa dua minggu untuk JKM selesaikan, sekurang-kurangnya 10 daripada 20 anak yatim itu dapat kad pengenalan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan demonstrasi,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui di lobi Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga, dan Masyarakat selepas dipanggil JKM ekoran pendedahan
seramai 1,758 bekas penghuni rumah anak yatim JKM tidak mempunyai kad
pengenalan.
Beliau
turut menyerahkan senarai 20 orang anak yatim yang pernah menghuni di
institusi seliaan JKM yang tidak mempunyai kad pengenalan kepada
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Puan Norani.
20 orang
anak yatim berkenaan pernah mendapat perlindungan di Rumah kanak-kanak
Tengku Budriah Cheras, Rumah Kanak-kanak Abdul Aziz Perak, Rumah
Kanak-kanak Kepala Batas dan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.
Dalam
pertemuan itu juga, Khairul turut memberi amaran kepada JKM akan
mendedahkan bukti penyelewengan serta kegiatan tidak bermoral kakitangan
JKM termasuklah meliwat anak-anak yatim.
Bahkan
katanya, sebanyak tiga kes liwat telah berlaku pada tahun 2009, 2010
dan 2011 di mana ketiga-tiga kes ini sudah dilaporkan kepada pihak
polis Melaka Tengah, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan
terhadap kakitangan JKM terbabit.
Apa yang
berlaku katanya, kakitangan JKM terbabit tidak dikenakan tindakan
undang-undang sebaliknya hanya dipindahkan tempat kerja sahaja.
“Saya ada
bukti bagaimana kakitangan JKM meliwat anak-anak yatim dan bukti itu
saya bawa bersama dalam pertemuan ini. Dan pegawai terbabit tidak
membenarkan saya dedahkan kepada pihak media,” katanya.
Jelas Khairul, jika JKM terus memperbodohkan mereka, beliau tidak teragak-agak akan membawa seorang perempuan yang akan menjadi pengadu pertama.
Jelas Khairul, jika JKM terus memperbodohkan mereka, beliau tidak teragak-agak akan membawa seorang perempuan yang akan menjadi pengadu pertama.
Di mana perempuan ini, katanya seorang ibu kepada empat orang anak yang terpaksa menjual anaknya kerana sesuap nasi.
“Jangan
kata perempuan ini sahaja, saya boleh tampilkan anak-anak yatim yang
kini hidup mereka tidak ada arah tujuan yang jadi tomboy pun ada apatah
lagi yang jadi pelacur, ” katanya.
Justeru,
katanya, tindakannya itu sebagai membuka mata banyak pihak yang selama
ini mengagung-agungkan JKM dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim,
walhal ianya tidak seindah yang digambarkan.
“Apa yang
saya buat ini, supaya kita bangkit dari tidur bahawa kita sudah
diperbodohkan kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kononya selama ini JKM
membuat kerja, tetapi apa telah terjadi pada anak-anak yatim bukan
sahaja tidak terbela bahkan ramai yang tersasar,” katanya.
Khairul
merupakan Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz
Melaka. Beliau yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih
bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab.
Beliau berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.
Beliau berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.
Bagaimanapun,
ekoran pendedahan berani beliau ini akhirnya permohonan mendapatkan
status warga negara, tiba-tiba dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara
sudah diluluskan pada 28 Disember tahun lalu.
-HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan