SETELAH mereka mengganggu kediaman S.Ambiga, mereka membaling batu
sewaktu program ceramah kita, kini mereka mengganggu rumah Timbalan
Presiden PKR, YB Azmin Ali pula. Baca DI SINI.
Mereka ini terdiri dari puak yang takut untuk berdepan secara anak
jantan. Perdebatan adalah sesuatu yang menggerikan bagi pimpinan puak
yang tidak bertamadun ini. Mereka hanya mahu menunjukkan kekuatan
mereka melalui media yang sentiasa sanggup diperlembukan oleh mereka.
Masalahnya, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi cara baru mereka
itu? Sanggupkah kita terus dengan kesabaran setelah semakin lama
semakin buruk dan jijik perangai mereka ini?
Perlukah kita menanti
sehingga ada yang mati dikerjakan oleh puak-puak haramjadah ini baru
kita mahu bertindak? Di sini, kita perlukan pimpinan yang tegas dan
berani untuk berdepan dengan lembu-lembu gila ini./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan