Ketua Umno Padang Besar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan secara adil tanpa mengira pemimpin kerajaan atau pembangkang.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno dari Perlis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin politik salah guna kuasa tanpa memilih jawatan dan parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, walaupun SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan tetapi ia mesti adil kepada semua pihak.
Katanya, siasatan perlu dijalankan jika ada kes rasuah terhadap pemimpin Umno sebagaimana yang dilakukan terhadap bekas Ketua Pemuda, Datuk Harun Idris.
“Tidak kena jika menyiasat pemimpin tertentu sahaja,” kata bekas Timbalan Pengerusi Umno Perlis itu lagi
Beliau menambah, sesiapa sahaja boleh mendedahkan salah guna kuasa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat.
“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai maklumat mengenai salah guna kuasa atau rasuah pemimpin kerajaan, beliau boleh mendedahkan untuk pengetahuan SPRM,” tambahnya.
Mengenai kes RM3 bilion didakwa dikawal Anwar, Zahidi menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak perlu takut jika beliau tidak melakukannya.
Katanya, SPRM mempunyai bidang kuasa untuk membuka semula kertas siasatan walaupun kes tersebut berlaku berbelas tahun lalu.
`Rakyat nak tahu perkara sebenar’
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisyam Hashim berkata, berdasarkan akuan bersumpah (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, SPRM mempunyai asas untuk menyiasat semula kes itu.
Katanya, walaupun Anwar menafikan pembabitannya atau kes tersebut telah ditutup tetapi ia berlaku sewaktu pemimpin pembangkang itu itu memegang kuasa dalam kerajaan.
“Biar SPRM siasat betulkan ada duit RM3 bilion itu dikawal oleh Anwar? Biar rakyat tahu perkara sebenar.
“Kita bimbang ada duit yang meragukan,” tambahnya.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bekas Pengarah Penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Abdul Razak Idris mendakwa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk membuat SD membersihkan pemimpin pembangkang itu dari membabitkan RM3 bilion yang dikaitkan dengan kepentingan Barat.
Di Parlimen, Anwar berkata beliau bersedia disiasat berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan