Hazlan Zakaria
Datuk
Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada peningkatan subsudi oleh
kerajaan persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau
hanya menguntungkan syarikat kroni.
Ketua pembangkang merujuk
kepada peningkatan subsidi bahan api, tol dan gula yang melambung
beberapa kali dalam peruntukan tambahan belanjawan.

Bercakap
dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar membangkitkan pemberian
subsidi gula kepada pengeluar, subsidi tol kepada pengendali dan subsidi
minyak kepada syarikat besar termasuk, Stesen Janakuasa Bebas (IPP).
Tiada satu daripadanya diperoleh langsung oleh rakyat, hujah Anwar lagi.
Terdahulu dalam Dewan Anwar, Anwar mengecam tindakan mengadakan belanjawan tambahan untuk setiap sesi Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan