Ummi
Hafilda Ali mendakwa bukti awal menunjukkan lapan dari 62 hartanah
mewah dimiliki oleh wanita berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3
bilion.
Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu kota semalam Ummi mendedahkan
identiti seorang wanita misteri tersebut.
Wanita itu dipercayai
memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa
kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang. .
“Saya
sedang membuat pengesahan terhadap yang lain. Saya juga akan memeriksa
dengan pihak berkuasa untuk mengetahui siapa di belakang syarikat yang
dimiliki wanita tersebut.
“Tetapi saya ingin menegaskan bukti kukuh mengenai pemilikan wanita itu sudah diperolehi, sudah ada dalam tangan saya,” katanya.
Ummi merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli Parlimen Gombak.
Bagaimanapun, kata Ummi, SPRM menasihatkan beliau tidak mendedahkan butiran lanjut kerana boleh menganggu siasatan.
Bimbang saksi lari
Menurutnya, beliau juga bimbang saksi-saksi kes ini akan melarikan diri.
“(Tetapi) Saya akan mendedahkan lebih lanjut setelah siasatan SPRM selesai,” tambahnya.
Ummi juga
mendakwa wanita ini telah melarikan diri ke luar negara tetapi
menegaskan beliau mengetahui di mana wanita ini berada.
Katanya, beliau melakukan semua ini bukan kerana Umno atau BN tetapi sayangkan agama, bangsa dan negara.
Sementara
itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula mendakwa wanita tersebut
dipercayai membiayai gerakan reformasi semasa bekas timbalan perdana
menteri itu dipecat pada 1998.
Anuar
Shaari mendakwa, wanita Melayu itu kini berumur dalam lingkungan 50-an
seorang ahli perniagaan dan mempunyai rumah di Pulau Pinang.
“Wanita ini misteri, orang tidak mengetahu kewujudannya sehinggalah Anwar dipenjarakan pada 1999 kerana rasuah.
“Wanita ini misteri, orang tidak mengetahu kewujudannya sehinggalah Anwar dipenjarakan pada 1999 kerana rasuah.
“Saya
hanya melihat dari jauh sahaja dan saya tidak mengetahui di mana beliau
berada sekarang,” kata bekas setiausaha sulit ketua umum PKR yang
meninggalkan parti itu pada 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan