"Dalam pengumuman KHSB, juruaudit AKN Arif telah dilantik untuk menjalankan satu kajian pelunasan hutang oleh Talam," katanya.
Jumlah hutang Talam dan penalti pembayaran lewat kepada KHSB sepatutnya RM236 juta dan bukan RM115 juta, Chua berkata.
Beliau mendakwa bahawa RM121 juta telah dihapuskira dalam pelunasan hutang Talam, kerana jumlah itu hilang dalam Kertas Putih dan dalam laporan juruaudit yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata juruaudit itu juga turut mengulas bahawa siasatan lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada prosedur yang betul telah diikuti berkaitan dengan pelunasan hutang tersebut.
"Jika segala-galanya dijelaskan dalam kertas putih dan laporan KPMG, mengapa siasatan lanjut kini diperlukan?" Katanya.
Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Kertas Putih berhubung pelunasan RM392 juta hutang Talam bagi membuktikan kepada para pengkritik bahawa ia bukan tindakan untuk menyelamatkan Talam.
Bagaimanapun, Chua tetap bertegas bahawa langkah pelunasan hutang tersebut, bertujuan untuk menyelamat dan membantu Talam, dan mendakwa kertas putih dan laporan KPMG hanyalah langkah untuk menyembunyikan kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan