Professor Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, ini untuk
memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, menurut
laporan yang dipetik dari akhbar mingguan berbahasa Inggeris New Sunday
Times (NST) hari ini.
“Sesetengah pengguna jalan raya yang degil mempunyai wang
untuk membayar denda, tetapi jika AES disokong dengan sistem demerit
(Kejara), pengguna jalan raya akan menyedari mereka tidak boleh
mengambil risiko jika lesen mereka ditarik balik, dan hak mereka untuk
memandu akan hilang,” kata bekas pengarah urusan Institut Kajian
Keselamatan Jalan Raya (Miros) itu.
Kejara, akronim dari Keselamatan Jalan Raya, telah
diperkenalkan pada tahun 1984 dan akhbar-akhbar melaporkan bahawa
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui ia telah gagal.
Menurut laporan NST, JPJ telah mencari jalan untuk
menambahbaik sistem Kejara untuk menyokong AES dalam usaha menangani
pesalah trafik.
Di bawah sistem Kejara, pemandu akan diberi mata demerit
apabila mereka membayar saman trafik, dan jika mata demerit mencecah 15
mata, JPJ akan mengeluarkan notis untuk menggantung lesen mereka,
menurut laporan dari akhbar berbahasa Inggeris itu.
Seorang pengarah senior JPJ yang tidak dinamakan berkata
kepada akhbar tersebut bahawa sistem Kejara, yang berdasarkan sistem
denda, dijangka meningkatkan angka mereka yang digantung dan ditarik
lesennya.
NST turut melaporkan bahawa sistem tersebut akan mempunyai
ciri-ciri terbaru, seperti pemegang lesen akan diberi amaran ke atas
kesalahan yang dilakukan.
Menurut laporan akhbar The Star pada Ogos 2010, mereka
yang mendapat 15 mata demerit atau lebih perlu menghantar surat tunjuk
sebab atau lesen mereka digantung dalam masa enam bulan jika keterangan
mereka tidak diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan