Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).
Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".
Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".
Pesuruhjaya
Suhakam, Detta Samen yang menerima memorandum itu berkata bahawa
pihaknya akan menyiasat dakwaan yang terkandung dalam memorandum itu.
Jika
kes itu sudah dibawa ke mahkamah, Suhakam boleh bertindak sebagai pihak
ketiga untuk mengesahkan jika kes itu didapati mencabuli hak-hak asasi
manusia.
"Suhakam boleh turut serta dan
beritahu mahkamah perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan
kami boleh bantu mana-mana peguam yang sudah dilantik untuk membawa kes
ini ke mahkamah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan