HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Disember 2012

Himpunan Duduk Bantah 12 Dis: Surendran, Tian Chua dipanggil polis

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR - Penganjur Himpunan Duduk Bantah yang bakal diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya 12 Disember ini diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putarajaya esok.

Mereka adalah Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua. Turut dipanggil, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kesemua diminta hadir 2.30 petang esok.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dalam twitternya petang ini.

Menurut Latheefa, siasatan polis itu berhubung penganjuran himpunan tersebut.

 Selasa lalu, Surendran memberi keterangan di Balai Polis Travers berkaitan isu kewarganegaraan.

Surendran berkata, siasatan polis itu merupakan tekanan bagi menghalang Himpunan Duduk Bantah.

Beliau disiasat berkenaan ucapannya di Brickfields pada 24 November tentang masyarakat India yang dinafi kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan kad pengenalan dan sijil kelahiran.

KEADILAN sebelum ini menjelaskan, himpunan tersebut sebagai tekanan kepada kerajaan supaya menyelesaikan masalah 300,000 kaum India yang masih tiada kad pengenalan meskipun 50 tahun negara merdeka.

Tiada ulasan: