HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Disember 2012

Iklim politik semakin panas

Wartawan Sinar Harian

 Mohamad Abu Bakar
Mohamad Abu Bakar
 
WACANA Sinar Harian Ke-16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?, menyaksikan moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar melontarkan beberapa usul bernas setanding dengan hujah empat panel jemputan lain.

Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, menyifatkan politik sebagai bahan atau perkara yang lebih mudah difahami berbanding ekonomi atau isu lain.

“Ketika membaca topik ini, saya seolah-olah terperangkap kerana sejak 1955 kita tidak pernah dilanda dengan politik samseng, namun sehingga 1969 negara tidak lagi berada dalam politik siuman.

“Tragedi seperti perarakan pertumpahan darah, penggulingan kerajaan Terengganu dan Kelantan, penayangan buntut atau kemaluan, menghiasi sejarah dan proses politik sekarang,” katanya.

Mohamad berkata, perkara tersebut menjadi persoalan apabila iklim politik semakin panas selepas pilihan raya lalu atau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kemungkinan besar perubahan itu berlaku disebabkan beberapa insiden seperti perarakan Bersih, Stop Lynas, atau isu mendoakan kehancuran parti Barisan Nasional (BN) di Kota Bharu, baru-baru ini.

“Kenapa sekarang topik ini dibangkitkan? Jika ia sedang berlaku, maka politik samseng pernah terjadi suatu ketika dulu,” katanya.

Tiada ulasan: