Kamalanathan menyampaikan hujahnya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-16, hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan memberi cadangan ini agar calon-calon dan penyokong parti-parti politik yang bertanding boleh mengikuti tatacara dan undang-undang semasa PRU13 dijalankan tidak lama lagi.
“PRU13 merupakan satu medan kepada wakil parti menunjukkan kebolehan mereka untuk memimpin.
"Justeru, sebagai pemimpin, kita perlu beri kerjasama dengan SPR,” kata beliau pada Wacana Sinar Harian Siri ke-16, bertajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang ini.
Menurut beliau lagi, pemimpin juga harus sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak polis bagi mengawal pengundi semasa PRU.
“Sebagai pemimpin, tidak salah jika kita beri kerjasama. Ikut sajalah tatacara undang-undang yang sedia ada di dalam negara ini.
“Jika ada calon bersalah dan terlibat dalam politik samseng, kita sentiasa terbuka jika polis mengambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah,” kata pemimpin muda dari MIC ini.
Beliau yang dipilih sebagai wakil rakyat menerusi pilihan raya kecil tiga tahun lalu menambah, jika pemimpin parti didapati bersalah, kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatan pemimpin yang terlibat.
“Apa yang saya boleh katakan di sini, saya sebagai wakil rakyat akan sentiasa membuat perubahan kepada diri saya sendiri. Apa yang saya boleh ubah, saya akan cuba berubah menjadi pemimpin yang baik,” tegasnya.
Katanya lagi, setiap ahli politik di negara ini mempunyai etika mereka tersendiri.
“Saya yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika, jika tidak, mereka tidak akan kekal lama sebagai ahli politik atau pemimpin parti, jadi untuk memudahkan perjalanan, kita ikut sajalah undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan