Musa
menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan
pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza
berceramah secara bersebelahan. – Gambar oleh Anne Muhammad
"Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu.
"Tetapi saya merasakan dalam keadaan begitu, polis kena berhati-hatilah untuk menentukan keselamatan orang di tempat-tempat ceramah," kata Musa (gambar) apabila ditemui oleh pemberita selepas acara 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Kemana Maruah Kita?' disini hari ini.
Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan.
"Tetapi saya ingin menasihatkanlah, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok.
"Ini pasal nak bagi tau masyarakat tentang apa you nak buat, bergaduh buat apa, toksah bergaduhlah kan.
"Ceramah sebelah-sebelah tak boleh sebenarnya. Masa saya bertugas dulu, walaupun saya Inspektor dulupun, di Melaka kita ada pilihan raya tidak akan dibenarkan (ceramah) sebelah-sebelah.
"Ini akan mewujudkan pergaduhan, provokasi.
Apabila ditanya mengapa sekarang ceramah secara bersebelahan diantara parti politik yang berlawan, beliau menjawab: "Itu tak tahulah nak cakap, itu kena tanya orang yang membenarkan."
Pada 4 Disember lalu, pergaduhan berlaku diantara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) di Gombak sehingga menyebabkan penyokong kepada kedua-dua kumpulan tersebut cedera parah.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas kejadian keganasan tersebut mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang dikatakan mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.
Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.
“Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) pada malam tersebut.
Pemuda Umno walaubagaimanapun menafikan terlibat menyerang ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak, dan mendakwa hanya berdemonstrasi aman di hadapan bilik gerakannya.
Menurut Megat, demonstrasi aman berlangsung di hadapan bilik gerakan Umno Gombak Batu 8 ½ itu kemudian bertukar ganas apabila sebahagian dari penyokong Pakatan Rakyat (PR) bertindak membaling objek seperti batu-bata, kuali dan tong air ke arah pemuda Umno.
“Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata,” kata Megat yang dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa mereka tidak memulakan pergaduhan sepertimana didakwa oleh pembangkang.
“Pembangkang biasalah, dia punya cerita... saya ingin menjelaskan tidak ada pun seperti yang dituduh oleh pembangkang.
“Yang kami tak faham, kenapa mereka nak buat ceramah depan pusat kami?” tanya Megat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan