Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata
lagi, tindakan itu dirasakan wajar memandangkan dakwaan yang dilakukan
Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib sekaligus nama
negara.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihati agar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang didakwa memberi pelbagai kenyataan ke atasnya serta ahli keluarga beliau.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata lagi, tindakan itu dirasakan wajar memandangkan dakwaan yang dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib sekaligus nama negara.
Dalam perkara berkaitan, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
“Saya ‘salute’ (tabik) dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia,” katanya.
Kerajaan diminta nyata pendirian
Menyentuh mengenai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), beliau terus mencabar kerajaan menyatakan pendirian tanpa berselindung di sebalik Jabatan Peguam Negara (AG).
Beliau mendakwa kerajaan seolah-olah menggunakan AG untuk menangguhkan prosiding demi kepentingan mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Saya kecewa terhadap keengganan kerajaan nyatakan pendirian sama ada nak tangguh AES atau tidak.
“Kerajaan hanya gunakan AG dari segi aspek prosiding mahkamah. Mereka
nak redakan kemarahan rakyat sebelum PRU. Kalau BN menang, prosiding
berkaitan saman AES akan diteruskan,” katanya yang juga Pengerusi Kase.
AG dalam kenyataannya berkata, langkah membekukan prosiding diambil
bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman
AES.
Bagaimanapun, saman-saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.
Bagaimanapun, saman-saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan