IPOH: Jawatankuasa
Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian
projek kepada pegawai khas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.
Ini
berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun)
Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun
semalam tentang satu perjanjian di antara pemilik tanah Rumah Perak di
Batu Feringgi, Pulau Pinang dan syarikat yang dimiliki pegawai khas
Zambry.
Koordinatornya,
Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, perjanjian tersebut
berdasarkan BOT (build-operate-transfer) di mana pemaju akan diberikan
konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.
“Pemberian
tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah
guna kuasa yang dianggap berat,” katanya pada sidang media selepas
membuat laporan di pejabat SPRM Perak, di sini.
Hadir sama ialah jawatankuasanya, Salman Saleh serta Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Fahmi Ismail dan Safarizal Saleh.
Beliau
yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, selepas disemak
di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terbukti syarikat tersebut tidak
aktif.
Timbalan
Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, pihaknya mengharapkan SPRM membuat
siasatan segera bagi membantu rakyat Perak membasmi unsur-unsur salah
guna kuasa yang sering berlaku dalam pentadbiran Umno BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan