| Harakahdaily, |
KLUANG: Dewan Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis berhubung dengan pendedahan Tan Sri Musa Hassan bahawa Dato Sri Hishmuddin Tun Hussin pernah mencampuri urusan polis ketika beliau menjadi ketua polis negara.
Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di Balai Polis Kluang, di mana parlimen Semberong yang diwakili menteri dalam negeri itu juga di dawah daerah ini.
"Saya dengan ini membuat laporan polis supaya dilakukan satu siasatan menyeluruh terhadap tuduhan yang di buat oleh Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara sejak 2006 hingga 2010.
"Amalan ini bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya Menteri Dalam Negeri," laporan polis itu dipetik.
Musa dalam satu sidang media sebelum ini mendakwa Hishamuddin pernah memberikan arahan kepada seorang pegawai polis Junior di luar pengetahuannya sebagai ketua polis negara waktu itu.
Dalam satu kes berasingan pula, Datuk Seri Hishamuddin juga didakwa telah memberikan arahan terus kepada seorang Ketua Polis Daerah.
"Tuduhan ini amat serius dan memberi kesan besar terhadap kredibiliti pasukan Polis Di Raja Malaysia," kata Suhaizan lagi.
Letak jawatan
Ekoran dakwaan itu juga, Suhaizan menggesa Hishamuddin meletakkan jawatan bagi membolehkan satu siasatan yang telus dan bebas dibuat.
Siasatan itu katanya perlu bagi menentukan kesahihan tuduhan yang di kemukakan oleh Musa.
"Seandainya tuduhan ini benar, satu tindakan yang tegas perlu di ambil terhadap Datuk Seri Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri atas tindakan yang sangat tidak wajar yang mampu menjejaskan reputasi dan nama baik pasukan Polis Di Raja Malaysia," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan