Seramai
kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul
di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan
memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek
memohon maaf secara
terbuka.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC
Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf
secara terbuka dan terperinci.
Kumpulan
motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah
hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri
Pentas.
Sebelum
menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri
Pentas dan melaungkan “Kami bukan bukan pelesit”, “Get out Mazidul”
dan “Kami sayang TV3″.
Memorandum
telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran
kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.
Menurut
Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam
masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat,
pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.
“Pelbagai
kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk
hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini
‘pelesit jalanan’.
“Kami mahu
permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah
mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara
terbuka terutama daripada Mazidul,” katanya.
Selain
itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata
gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya
diberikan.
Menurut
Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan
gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka “syaitan jalanan”.
“Gelaran
yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol
dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan.
Mohon tarik balik gelaran itu,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan