Oleh: WFAUZDIN NS
MAKA, TV3 suku pun malam tadi mengulas berita kekecohan yang berlaku di
dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar di Gombak.
Seperti yang dijangka, ditemuramah semua balaci-balaci dan
pelawak-pelawak bodo puak yang baru selesai berhimpun di kandang mereka
baru-baru ini.
Sayugia berkatalah si Ketua Pemuda Gombak mewakili parti sekutu Apco itu
sambil menafikan sekeras-keras tahi pemudanya terlibat, " Kami datang
dengan aman dan tidak melakukan apa-apa provokasi tetapi pihak penyokong
PR yang terlebih dahulu memulakan kekecohan"
Begitulah apabila si Munafil bercakap. Dia mengaku kumpulan lembunya
datang ke program PR. Datang untuk dengar ceramah? Tiada masalah,
tetapi perlu apa datang bersama bendera-bendera dacing baghdad dan
bendera keris telanjang tanpa sarung itu? Ertinya, datang untuk mulakan
provokasi. Bayangkan jika mereka tidak datang untuk provokasi, adakah
kejadian yang memalukan bangsa Melayu dan Islam (jika mereka Islam) itu
akan berlaku? Itu asas dan persoalan pokok.
Pihak berkuasa tentu tahu siapa yang hadir ke ceramah PR dengan membawa
bendera cap dacing baghdad dan keris telanjang. Tentu pihak berkuasa
sudah terfikir apa tujuan mereka datang. Untuk dengar ceramah?
Lojikkah? Mengapa tiada tindakan awal untuk menghalang mereka? Mungkin
bekas KPN, Musa Hassan tahu jawapannya.
Satu lagi yang melucukan, Malaysiakini melaporkan puak mereka mendakwa
penyokong-penyokong PR membaling mereka dengan batu, periuk, kuali dan
sebagainya. Inilah kali pertama aku dapat tahu bahawa selama ini
penyokong-penyokong kita kalau hadir ceramah mesti membawa periuk,
kuali, sudu, garpu, mangkuk, cerek dan mungkin juga peti ais. Cerita
ini jika Iblis mendengarnya, Iblis pun tabik dengan kebangangan puak ini
untuk menipu.
Itulah akibatnya jika kita mempunyai pemimpin yang bacul dan dayus takut
untuk berhujah dan berdebat secara berdepan. Di dalam kandang sendiri,
tunjuk telor sebesar gajah walhal dengan bini pun takut nak mampus.
Maka, anak-anak buah pun jadi bacul tunjuk hebat kerana mereka tahu ada
yang melindunginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan