| Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man |
Serangan
ke atas Presiden PAS khususnya berhubung amanat Haji Hadi dilakukan
semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon
PM.
Sedangkan
sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan
Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut
akan mengambil-alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.
Mungkin
ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan
sebuah buku yang menggambarkan Ustaz Ashaari Mohammad sebagai bakal PM
Malaysia. Selepas itu, al Arqam terus diserang habis-habisan sehingga
segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan
poligami turut diserang.
Sedangkan
asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah
nasib sesiapa yang disenarai sebagai PM. Walaupun kita mengakui ada
beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara
sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi PM.
Sudah
tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang
kerana namanya disenarai sebagai PM. kini Tuan Guru Haji Hadi pula
diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam
Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM.
Itulah
yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini
terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi PM itu berjaya
ditolak dengan munculnya cadangan ini.
Hasilnya,
kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.
Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke
atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM,
akan menjadi sasaran serangan media BN.
Rakyat
mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi
berfikiran bahawa seolah-olah jawatan PM itu hak eksklusif Umno sahaja
di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan
yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan