Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves,
Amiruddin Shari mempersoal kelewatan polis bertindak ke atas samseng
yang menyerang penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah di Gombak 4
Disember lalu, meskipun identiti samseng Umno berkenaan tersebar di
internet.
Wajah samseng yang bertopi keledar itu dirakam dalam sebuah video
dari saksi kejadian, dipercayai individu sama yang menikam penyokong
Pakatan ketika provokasi berlaku.
Video tersebut juga tersebar di internet dan dengan jelas memaparkan wajah lelaki tersebut.
“Saya gesa polis bertindak profesional. Kalau serangan melibatkan
pemimpin Umno, pastinya tindakan segera dan serius diambil,” kata
Amiruddin yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak.
“Tapi bila isu melibatkan pemimpin Pakatan, dengan segera akan dipanggil ke balai polis,” katanya ketika dihubungi.
“Justeru kita minta polis bertindak adil, tanpa mengira pemimpin Umno atau Pakatan kerana kami juga rakyat Malaysia,” sinisnya.
Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung
Gombak Utara itu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah
membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin,
mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak
berkuasa itu di pihak mereka.
Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah
berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah
kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.
Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga
berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan