HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Disember 2012

Takut debat, Najib kerah samseng ganggu ceramah Pakatan – Anwar

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri yang takut  berdebat tetapi menggunakan anak muda yang berlagak samseng untuk menyerang beliau dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.



“Najib (Razak) tak berani debat dengan saya. (Dia) suruh pula Ketua Pemuda Cawangan Umno Gombak turun untuk lawan saya. Penakut!” katanya ketika berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.

Sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa pesilat menyerang dengan membuat bising dan melontar kata-kata kesat semasa ceramah berlangsung.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.



“Sudahlah penakut, bodoh, sombong dan takbur pula dalam berkuasa. Lepas caci, hina kita hari-hari di media TV3 dan Utusan, ceramah kita pun dia nak kacau,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

“Dalam sebuah negara, bangsa perlu ada teras akidah dan akhlak yang baik, tapi ini bukti batas akhlak tiada,” tegasnya.

Anwar berkata, walaupun angkuh berkuasa, Najib tidak mampu melawan kuasa rakyat yang akan menumbangkannya.

“Ini yang kita sebut kebangkitan rakyat. Bila rakyat dah bangkit, tiada apa yang boleh dibuat lagi. Ganggulah macamana pun, beribu rakyat tetap hadir,” katanya disambut tepukan gemuruh 4,000 penyokong.



“Kita tak perlu balas hari ini, kita balas masa pilihan raya nanti. Kita pertahan kemenangan di Gombak 100 peratus!” kata Anwar penuh semangat.

Tiada ulasan: