Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.


Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.
Angka
boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan
Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat
sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak
kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88
dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu
Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi
Sheila Majid.
“Ya,
saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum
American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul
Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank
dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.
Dalam
penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American
Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88
pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April;
RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah
keseluruhan ialah RM880,958.91.
Angka-angka
berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui
dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat
buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu
pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah
sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga
yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara
mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada
8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata
baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.
Sultan
Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat
dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya
setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu
mengarahkan siasatan dijalankan !!
Hakikatnya
angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga
yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat
telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12
buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta
sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada
harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM
111juta disonglap di siang hari !!!
Angka
juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga
kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang
negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di
bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada
tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada
tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat
sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang
Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa
yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent
liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari
perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang
lain .
Yang
lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai
oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang
yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat
yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang
tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.
Yang
lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak,
syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus
diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri
telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan
diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat
bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat
projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.
Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis
ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang
sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang
sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi
menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan
kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita
semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk
selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan
dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.
Bercakap
tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri
Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di
Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat
ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun
dibina oleh Kerajaan PR Selangor.
Apabila
ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA
ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 )
Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor
hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah
memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan