Saya pernah terbaca dalam sebuah
buku lama yang menceritakan bagaimana seorang yang seakan cuba mengelirukan Tuhan. Ia
menceritakan bagaimana seorang yang telah menghidapi satu penyakit yang tidak
terubat sejak beberapa tahun. Dia tidak tahan menanggung sakit yang hidapinya itu.
Oleh kerana merasa tertekan dengan penyakitnya yang tidak kunjung sembuh, si kedekut dan tamak ini sanggup berbohong termasuk memungkiri nazar nya kepada Tuhan. Si pesakit ini telah bernazar jika sakitnya sembuh dia akan menjual sebuah rumah besarnya yang bernilai 50,000 dirham itu dan memberikan hasil jualan rumah besarnya itu kepada rumah anak yatim.
Oleh kerana merasa tertekan dengan penyakitnya yang tidak kunjung sembuh, si kedekut dan tamak ini sanggup berbohong termasuk memungkiri nazar nya kepada Tuhan. Si pesakit ini telah bernazar jika sakitnya sembuh dia akan menjual sebuah rumah besarnya yang bernilai 50,000 dirham itu dan memberikan hasil jualan rumah besarnya itu kepada rumah anak yatim.
Setelah penyakitnya baik dia
merasa keliru samada penyakitnya itu sembuh disebabkan ubat yang dimakannya
selama ini atau pun oleh kerana nazarnya kepada Tuhan yang dia telah pasang
itu. Tetapi dia mengakui janji terhadap Tuhan wajib dibayar dan tidak boleh
melarikan diri. Nanti berdosa pula.
Dia pun terus mengiklankan dan
memberitahu orang ramai yang dia hendak
menjual rumahnya yang bernilai lebih kurang lima puluh ribu dirham (50,000) itu dalam
masa yang singkat. Dia telah mengiklankan untuk penjualan rumahnya itu dengan
memberikan satu syarat penting jika seseorang hendak membeli rumahnya itu.
Dia telah memberikan syarat
sesiapa hendak membeli rumahnya itu
pembeli itu akan di berikan diskaun sebanyak 90 peratus dari harga rumahnya yang bernilai 50,000 dirham itu, iaitu 10,000
dirham sahaja tetapi mensyaratkan pembeli mesti membeli barang-barang yang
sudah lusuh dan tidak bernilai dalam rumahnya itu dengan harga 40,000 dirham. Semua orang
yang datang untuk melihat rumah itu merasa pelik, kenapa rumah yang berharga
50,000 dirham di jual dengan hanya 10,000 dirham sahaja? Tetapi terpaksa pula
membeli barang dalam rumahnya itu dengan 40,000 dirham walaupun sudah tidak
mempunyai apa-apa nilai lagi.
Oleh kerana si pembeli itu tahu
yang harga rumah itu sememangnya bernilai 50,000 dirham maka si pembeli ini pun
bersetuju untuk membayar 10,000 untuk rumah dan membayar 40,000 untuk barang
yang tidak mempunyai apa-apa nilai tadi. Kesemuanya si pembeli tadi membayar
50,000 dirham kesemuanya..…10,000 untuk pembelian rumah tadi dan 40,000 untuk
membeli barang yang tidak berharga yang ada dalam rumah itu. Dua set perjanjian
telah di tanda-tangani dengan penjual tadi. Satu perjanjian membeli rumah satu
lagi perjanjian membeli barang yang lusuh dan tidak berharga dalam rumah itu.
Maka si penjual tadi memberikan
10,000 dirham kepada rumah anak yatim dan 40,000 dirham lagi disimpannya
sendiri. Si penjual tadi ingat yang beliau telah berjaya melakukan ‘intrigue’
terhadap Tuhan nya. Dia tidak jujur untuk memberikan bantuan kepada anak-anak
yatim tadi. Dia ingat dia akan mendapat diskaun terhadap dosanya itu.
Tetapi itu bukannya berlaku
kepada penjual rumah yang hendak memenuhi nazarnya terhadap Tuhan tadi sahaja. Sampai
ke hari ini pun budaya itu hidup malah ia masih berlaku dalam kehidupan kita
sekarang. Pimpinan kita selalu melakukannya untuk membuat ‘intrigue’ terhadap
rakyat negara ini. Itulah yang dilakukan terhadap rakyat, empunya negara ini
oleh pimpinan kita sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
Setelah memunahkan segala harta
rakyat yang banyak tadi melalui perlakuan rasuah yang sistematik tadi,
maka diberikan lah rakyat sejemput dalam bentuk pembayaran BRIM sebanyak
RM500 setiap
seisi keluarga. RM500 itu di berikannya melalui pemimpin BN. Penerima
terpaksa
mendengar leteran Najib dan Muhyiddin supaya mereka menggunakan RM500
ini
sebaik-baiknya seolah-olah rakyat yang menerima BRIM itu boleh menjadi
kaya
raya dengan jumlah sejemput itu.
Najib tidak tahu ramai di antara
penerima BRIM yang sejemput itu cepat-cepat menggunakan RM500 itu untuk membayar
saman lalu-lintas yang sudah lama tidak di bayar itu. Tetapi pemimpin telah
menggunakan wang mereka (rakyat) dalam jumlah berbillion-billion ringgit
melalui projek-projek cadangan kroni mereka.
Projek cadangan kroni-kroni ini
harganya berlipat kali ganda untuk mengembalikan sejumlah besar dari keuntungan
projek itu untuk pimpinan yang berkuasa memberikan projek tadi. Rakyat ramai
ditipu dan dikelirukan oleh pimpinan yang kemudiannya menuntut pula sokongan
setelah membuat penipuan terhadap rakyat tadi. Dengan RM500 yang diberikan itu
rakyat diminta memberikan sokongan kepada mereka (UMNO) bagi mereka merompak
dan menyamun terus-terusan.
Begitulah yang telah berlaku dan
ia akan tetap berlaku lagi jika UMNO masih mendapat mandat dari rakyat yang telah
dirasuah dengan sejemput wang yang di kembalikan kepada mereka secara
sistematik melalui BRIM itu.
Janji-janji pimpinan BN serupa
seperti janji si pesakit yang membayar nazarnya kepada Tuhan seperti yang
terkandung dalam cerita yang telah dipendekkan tadi. Mereka ini yakin yang
mereka ini akan selamat sampai bila-bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan