Wartawan Buletin
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu menyifatkan bekas ADUN Rantau Dato' Seri Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar 'haram' bagi Negeri Sembilan kerana terus menjawat jawatan tersebut walaupun DUN telah terbubar dengan sendirinya 26 Mac lalu.
"kalau 'expired' (tamat tempoh) pilihanraya (umum) adalah 8 Mac, tapi baru ni Negeri Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pun dah 'expired', maka kalau dia sudah bukan ADUN.........atas dasar apa dia (Mohamad Hassan) nak jadi Mnteri Besar.........ini orang panggil Menteri Besar 'haram',
"inilah kerja Umno.........bagi dia selagi dia (rasa) dia berkuasa........undang-undang (entah) ke mana, peraturan ke mana........perlembagaan (pun) tohok (buang) dalam tong sampah,"jelas Dr. Alias Razak.
Menurutnya, pemimpin Umno itu yang sebenarnya telah mengkhianati mandat rakyat, sedikit pun tidak rasa malu dan terus masuk menggunakan kemudahan pejabat kerajaan.
Katanya, mandat rakyat diberikan pada pilihanraya umum setiap tempoh lima tahun sekali dan setelah tamat, mandat tersebut mesti dierahkan kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata demikian ketka berucap dalam ceramah pra-pilihanraya yang diadakan di sini semalam, pada Jumaat malam, 29 Mac. [Lihat Video]
Penyakit 'tidak sedarkan diri' itu, kata beliau turut sama 'dihidapi' leh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak.
Beliau berkata, Najib 'pengelat' kerana tempoh sepenggal parlimen telah berakhir pada 8 Mac lalu, tetapi melengah-lengahkan masa mengikut tarikh 'angkat sumpah' ahli parlimen pada 28 April depan.
Katanya, semua Perdana Menteri Umno sebelum ini berani membubarkan parlimen sebelum cukup tempoh lima tahun, kecuali Najib yang dianggapnya sebagai Perdana Menteri 'tidak ada telur'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan