PETALING JAYA, - Sebanyak 1,000 tambahan unit peronda
motorsikal (URB) akan diedarkan ke seluruh Malaysia untuk mengukuhkan
lagi 1,000 pasukan URB yang dilancar pada Disember lepas, umum Datuk
Seri Najib Razak hari ini.
Perdana menteri berkata URB sangat berkesa dalam mengurangkan
jenayah, menegaskan jumlah jenayah dalam negara telah turun sebanyak 6
peratus dalam suku pertama tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun
lalu.
"Jangan bersikap sinis terhadap kerajaan," kata Najib semasa program
Bersatu Banteras Jenayah anjuran Polis Diraja Malaysia disini hari ini.
"Jangan terperangkap dalam polemik statistik. Ia adalah lebih baik
jika kita menghargai tema pada hari ini - Bersatu Banteras Jenayah,"
tambah beliau.
Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch pada awal Januari lalu telah
mendedahkan bukti kaedah yang digunakan oleh PDRM untuk memanipulasi
data kadar jenayah bagi menunjukkan penurunan dengan mendakwa kes
seperti ragut, rompakan tanpa senjata, termasuk pecah rumah adalah lebih
tinggi daripada jenayah indeks yang dikeluarkan daripada Januari hingga
Oktober 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan