Wartawan Buletin
Antara jasa besar kerajaan PAS mengutamakan ekonomi rakyat adalah, kata beliau, menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud.
"Orang (kawasan) Kuala Nerus yang nak pergi ke bandar (Kuala Terengganu) kena ingat jasa PAS ini, (bayaran) RM1 pergi balik nampak sedikit sahaja, tapi setahun jumlahnya sudah RM360, orang itu (bagi BRIM hanya) RM500 sahaja......itu pun baru mula tahun lepas,
"(PAS beri faedah) RM360 setahun sejak tahun 1999, bila sahaja menang PAS, mulai malam itu........terus tak payah bayar tol,"ujarnya.
Menurutnya dari tahun 1999 sehingga kini tahun 2013, rakyat Terengganu yang menjadi pengguna Jambatan Sultan Mahmud telah mendapat faedah tidak kurang dari RM5000 kerana jasa PAS menghapuskan bayaran tol.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ceramah Isu Semsa Pra PRU-13 di DUN Bukit Tunggal dekat sini pada Jumaat malam, 29 Mac.
Sebelum itu, beliau menjelaskan, terdapat dua hukum di sisi Islam berhubung dengan berpakat dengan orang-orang bukan Islam iaitu, ia boleh jadi halal dan boleh jadi haram.
Katanya, berpakat dengan bukan Islam, halal apabila persepakatan itu adalah bertujuan untuk kebajikan dan di atas dasar taqwa manakala ia menjadi haram sekiranya persepakatan itu mahu meneruskan perbuatan zalim dan menindas rakyat.
Beliau mengambil panduan dari sirah RassuluLlah yang meminta dan berpakat dengan seorang kafir Quraisy ketika mahu masuk ke kota Mekah dalam peristwa yang terkenal sebagai 'Fathul-Makkah'.
"seorang kafir Mut'im bin Adi nama dia yang tinggal di Mekah, bila Nabi SAW nak masuk semula ke kota Mekah tak boleh masuk........Nabi hantar orang berjumpa dengan Mut'im meminta perlindungan daripadanya untuk Nabi SAW masuk ke kota Mekah,
"walau pun Mutim seorang kafir dia kumpulkan anak beranak dia.........bawa pedang dan isytihar depan orang Quraisy....... (katanya) "aku memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan