KEADILAN DAILY
Bersih 2.0 memandang berat terhadap kecaman berterusan terhadap golongan migran semasa ceramah-ceramah politik, video-video yang dikongsi dalam media sosial serta risalah-risalah yang diedarkan oleh pelbagai organisasi. Aktivis-aktivis hak asasi manusia yang bekerja dengan pihak migran telah berkongsi kerisauan mereka bahawa sikap xenofobia dan kecaman berbaur perkauman terhadap golongan migran semakin menular akibat kerisauan undi hantu dan penipuan pilihan raya.Pihak Bersih 2.0 amat terganggu dengan pelbagai laporan bahawa kandungan multimedia dalam talian dan juga laman Facebook yang dikatakan membuat kenyataan partisan dan bersifat xenofobia atas nama Bersih 2.0.
Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami tidak mengiktiraf xenofobia dan sikap perkauman. Pihak golongan migran di Malaysia sudah menghadapi pelbagai diskriminasi secara meluas termasuk diskriminasi berunsur keganasan, seperti yang telah didokumentasikan oleh organisasi-organisasi hak asasi manusia dan media.
Bersih 2.0 faham dan bersimpati dengan kemarahan ramai rakyat Malaysia terhadap dakwaan penipuan pilihan raya, terutama sekali berikutan testimoni yang telah dibuat oleh bekas-bekas pegawai kerajaan dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja Sabah. Memang amat mengecewakan bahawa penipuan dan penyelewangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa pengadilan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, kami mengingatkan kepada semua bahawa tanggungjawab terletak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi yang diberi kuasa mengambil tindakan terhadap penipuan pilihanraya, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengecam golongan migran tidak akan mengubahkan undang-undang yang bermasalah seperti Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya 1958, yang menghalang sesiapapun untuk menyoalkan senarai undi dalam mahkamah. Jenayah berlandaskan kebencian terhadap golongan migran juga tidak akan memaksa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa tuduhan, termasuk jumlah pengundi baru yang tinggi dan langsung tidak dapat dikesan di Selangor.
Jangan benarkan xenofobia dan sentimen perkauman terhadap golongan migran mengalihkan perhatian kita dari perjuangan asal. Kami menyeru agar semua parti politik membuat pendirian untuk tidak mengalakkan kekecaman terhadap golongan migran.
Terima kasih.
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan