Oleh: Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR : Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul
Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu
sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya
Umum nanti.
Sambil
menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi
KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti
keganasan dilakukan penyokong Pakatan.
“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.
“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal
berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan
budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”
Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita
merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program
anjuran PR.
“Tiga sayap Umno ini sangat agresif membawa budaya politik samseng
dan fitnah dalam usaha melawan pendedahan PR mengenai kebobrokan
pemimpin Umno BN.
“Selain membuat huru hara, aset PR seperti bendera dan bilik gerakan PR juga turut dirosakkan.
“Jangan lupa, ibu pejabat KEADILAN dan bas Jelajah Merdeka Rakyat
sudah berulang kali diserang oleh para pengikut Umno BN yang biadap
terhadap seteru politik
“Tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan polis diambil terhadap
samseng ini,” katanya yang menjelaskan semua serangan ini membuktikan
agenda huru hara ditaja parti itu.
Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan usaha Sharizat menubuhkan pasukan khas kerana seolah-olah menafikan kerja polis.
“Apa gunanya polis dikerahkan mengawasi kempen pilihanraya dan bilik pengundian kalau wujud pula pasukan khas wanita Umno?
“Ini sekaligus mencerminkan kejahilan Umno BN untuk menghormati tugas
anggota keselamatan yang saban hari diharapkan menjaga kepentingan
mereka.
“Apatah lagi, jika benar Sharizat mempunyai maklumat huru hara ini,
beliau sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis dan bukannya
bertindak melampaui bidang kuasanya,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan