HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2013

Lajim : Pakatan Bakal Tawan Sabah, Menang 15 Kerusi Parlimen


lajim ukin ceramah pkr 04

SHAH ALAM  : Pakatan Rakyat bakal mentadbir Sabah selepas pilihanraya akan datang apabila gagasan itu memenangi kira-kira 35 kerusi dewan undagan negeri.

Negeri di bawah bayu itu juga bakal menyumbang 15 buah kerusi parlimen kepada PR bagi menguatkan lagi peluang gagasan itu mencapai 112 kerusi parlimen untuk berjaya mentadbir Putrajaya.

Ramalan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang berkata beliau bersandarkan kajian sentimen politik penduduk Sabah dan pertumbuhan cawangan dan cabang parti PR di Sabah.

Beliau berkata gelombang perubahan sokongan daripada Umno-BN kepada PR paling kuat berlaku di kalangan komuniti Cina Sabah, di mana dianggarkan lapan daripada 10 kerusi majoriti Cina akan dimenangi PR.

Manakala 15 daripada 20 kerusi majoriti komuniti Kadazan Dusun-Murut turut akan dimenangi oleh PR, kata Lajim, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di antara kerusi bumiputera Islam pula, Lajim berkata 13 hingga 15 bakal dimenangi PR.

“Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.

“Kita nampak kita boleh menang 35 kerusi dan mungkin akan sampai 40 kerusi.

“Rakyat Sabah sudah biasa bertukar kerajaan negeri.

MB rapat mesra sabah 01

“Dalam sejarah kerajaan negeri sudah ditukar sebanyak tiga kali. Pengalaman tukar kerajaan sudah ada,” katanya di dalam sidang media selepas majlis ramah mesra warga Sabah di Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kuasa mentadbir Sabah sebelum ini pernah bertukar tangan pada April 1985 daripada BN ke Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kemudiannya ia bertukar balik kepada BN pada tahun 1986. Pada pilihanraya 1990 pula, PBS berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan.

Akan tetapi pada pilhanraya Mac 1994, Sabah jatuh kembali ke tangan BN.

“Apa yang dilakukan BN hari adalah merugikan rakyat sabah yang tidak dapat jaminan keselamatan, pembangunan, kemajuan dan begitu ketinggalan berbanding rakyat semanjung,” Lajim berkata.

Tiada ulasan: