HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2013

Zul Noordin persoal mengapa Tuhan Hindu tidak halang banjir


MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR,— Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin dikritik pemimpin Hindu apabila beliau menyampaikan kuliah agama baru-baru ini dengan mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya dari ditimpa banjir.

Ahli parlimen bebas itu juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, yang juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

“Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung,” kata Zulkifli yang direkod dalam video bertajuk “Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama hindu” yang dimuat naik di laman sosial YouTube semalam.

Naib Presiden PKR N Surendran mengatakan kenyataan Zulkifli sebagai “serangan ganas” ke atas orang India di Malaysia.

“Kata-kata yang dikeluarkan Zulkifli Noordin adalah yang paling teruk dalam menyerang agama lain di negara ini,” kata Surendran yang dipetik dari lidah parti PAS, Harakahdaily, hari ini.

“Kita mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menyiasat dan mendakwa Zulkifli Noordin di bawah seksyen 298A,” kata peguam tersebut, merujuk kepada Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menyebabkan ketidakharmonian, dan mencetus kebencian antara kaum.-themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: