HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mac 2013

KP Mara: Orang Melayu tidak lagi liat bayar hutang

SINAR HARIAN

mara

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata tanggapan bahawa orang Melayu liat membayar hutang sudah tidak lagi relevan.

Beliau berkata ini dapat dilihat apabila Mara berjaya mengutip bayaran balik pinjaman berjumlah RM692 juta tahun lalu, melebihi sasaran RM500 juta sementara tahun 2011, bayaran balik mencecah RM494 juta melebihi sasaran RM400 juta.

Untuk tahun ini, disasarkan RM600 juta dapat dipungut balik, katanya.

"Hakikatnya orang Melayu kini berpegang pada janji dengan membayar pinjaman yang diperoleh mereka," katanya kepada pemberita pada forum bertajuk 'Segulung Ijazah Segenggam Amanah' di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini yang dihadiri para pelajar Mara. - Bernama

Tiada ulasan: