Sesuatu yang sering berlaku dan menimpa oposisi menjelang pilihan raya ialah adanya orang berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hari ataupun lari membawa diri kerana kecewa dengan sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal pokok dalam perjuangan.
Chua Jui Meng: Merajuk. |
Tetapi apabila saat akhir, menjelang suku terakhir pembangkang akan menampakkan akan 'jongkang jongkit'nya. Mereka akan menzahirkan perangai dan sifat buruk semula jadi pembangkang yang 'berkedut' di akhir jalan. Ada-ada saja perkara titik bengkit yang berlaku dan akhirnya boleh membawa kecelaruan dalam oposisi. Dukacita lagi perkara yang boleh diselesaikan itu beterusan sehinggalah ke hari mengundi. Malang lagi ia memusnahkan jalan yang dirintis kesekian lama disebabkan sengeketa kecil yang berlangusng hanya satu hari sahaja.
Situasi dan keadaan ini sungguh mengecewakan. Sebenarnya sikap atau perangai dan kejadian-kejadian diluar jangka inilah yang melemah atau membunuh semangat rakyat untuk bersama pembangkang sehingga ke hari akhir proses pilihan raya. Sikap atau perangai tidak matang inilah menjadikan phobia kepada rakyat untuk menyokong pembangkang.
Misalnya apa yang terjadi di Johor, sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi melibatkan beliau di Johor, sesuatu yang tidak baik. Tidak seharusnya Jui Meng mengambil sikap seperti budak-budak merajuk atau menyembunyikan diri apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai.
Khabarnya Jui Meng yang sebelum ini dilihat rajin, penuh beriltizam sedia berada di mana-mana dan kerap menghadiri program PKR, tetapi tidak lagi kekal dengan sikap itu sejak sehari dua ini. Beliau dikatakan mendiamkan diri dan tidak tampil di tengah orang ramai. Setengah pihak mengatakan beliau bercuti. Puncanya kecil saja iaitu apabila apabila PKR dan DAP yang enggan melepaskan kerusi Gelang Patah untuknya.
Ekoran sikap membisu dan rajuk Jui Meng itu PKR Johor kini dipangku oleh timbalannya, Dr Ahamd Faidhi Saidi. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Jui Meng sepatutnya tidak mengambil sikap negatif begitu serta harus tawaduk kerana soal calon dan kerusi masih lagi di peringkat rundingan. Masih terlalu panjang waktunya untuk menentukan siapa bertanding di situ dan di sini. Sebagai seorang politik veteran yang sudah matang beliau tidak lekas merajuk atau terkilan. Orang sepertinya bukan bertindak begitu tetapi memberi nasihat dan teladan kepada orang lain. Beliau bukan berbuat salah disaat akhir tetapi membetulkan salah orang salah di saat begini.
Jui Meng harus malu dengan Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin atau che'GuBard yang sedia menerima apa-apa keputusan parti terhadap. Beliau tidak peduli apakah beliau dicalon atau tidak. Kepadanya matlamat untuk menumbangkan UBN itu lebih 'auliya' daripada memikirkan kedudukan diri sendiri. che'GuBarad sudah pun membuat penjelasan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya dan sedia menginfakan dirinya untuk perjuangan.
Nah... semangat seperti itu yang perlu diikuti oleh Jui Meng dan sesiapa sahaja yang menghadapi sutuasi demikian. Jangan mudah kecewa dan melepas tali sauh yang mengikat kapal yang sedang belajar di tengah laut.
Tidak bermakna apabiala kerusi Gelang Patah disepakati di antara DAP dengan PKR untuk menyerahkan kerusi itu kepada Lim Kit Siang bermakna PKR tidak menimbangkan kedudukan Jui Meng. Beliau harus bersabar. Sebagai pengerusi perhubungan PKR Johor beliau tentu akan disediakan tempat yang sepantasnya. Kehadiran Lim Kit Siang itu bukan bermaksud menafikan pengorbanan Jui Meng memang tetapi ia adalah strategi untuk kemenangan Pakatan Rakyat.
Chua Jui Meng atau sesiapa yang tidak mendapat apa yang diingini jangan muda membuat keputusan yang boleh memberi implikasi buruk atau memeningkan kepala pucuk pimpinan. Soal menjadi calon dan juga kerusi mana dipertandingkan serahlah kepada budi bicara presiden parti. Jangan banyak kerenah di dalam perkara ini. Kalau kita sedia menerima seseorang itu menjadi pemimpin, kenapa apabila dia memutuskan sesuatu yang bersangkutan dengan kita, kita tidak sedia menerimanya? Itu bermakna kita munafik kepada diri sendiri.
Dalam apa juga perjuangan kena ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku. Paling penting ialah menghormati keputusan pemimpin. Kalau apa diputuskan pemimpin diprotes dan dipertikaikan, ia tidak membawa apa-apa makna kita berada dalam satu jemaah atau organisasi. Sikap dan fiil begitu menyebabkan tidak salah kalau orang anggap kita sebagai pencipta masalah.
Berkenaan dengan kes Chua Jui Meng ini harapnya ia akan dapat dipulihkan kembali. Selepas beliau berihat dan bercuti Jui Meng akan sejuk dan mengingati apakah tujuan asalnya dia mulai joint PKR dahulu. Bukankan dia menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menumbangkan UBN? Kalau benar begitu beliau harus melupai elemen-elemen lain yang boleh menganggui beliau dan juga orang lain mencapai hasrat itu.
Pastilah kalau Jui Meng terus dengan tindakannya ia akan dikesali dan tidak mustahil ia juga akan disumpah ataupun disama tarafkan dengan pemimpin-pemimpin lain yang merajuk, kecil hati dan mengencing parti sebelum ini kerana harapan peribadi mereka tidak tercapai. Dan tentu juga orang kata merungut dan berdeham sendiri dengan berkata ...oh patutlah dia kalah dan meninggalkan MCA kerana dia memang bermasalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan