HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mac 2013

Harga Minyak Turun 40 sen (RM1.50) Selepas Pilihanraya Dengan Peningkatan Subsidi RM6.8 Bilion. Bankrap?

Staff Berita Semasa
harga minyak turun

Harga minyak turun : Jikalau diperhatikan ceramah-ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin-pemimpin utama mereka, seringkali mereka mencanangkan andaikata Pakatan Rakyat dapat memerintah Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak, harga minyak turun serta dalam tempoh 24 jam. Itu kata mereka. Andaikata turun 5 sen atau 10 sen turun juga namanya. Asalkan manifesto tersebut tertunai…Begitu?

Persoalannya berapa sebenarnya harga minyak yang mampu diturunkan oleh Pakatan Rakyat?

Berdasarkan semakan Manifesto Pakatan Rakyat juga ada tertera janji untuk merealisasikan harga minyak turun kelak. Tetapi tidak diberitahu berapa jumlah yag mampu mereka turunkan?

Manifesto Harga Minyak Turun : Berapa?

harga minyak turun
Sumber : Manifesto Pakatan Rakyat

Sekarang ini berdasarkan semakan yang disediakan melalui laporan yang disediakan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) kadar pengggunaan minyak di Malaysia adalah sekitar :
  • 10.3 bilion liter petrol setahun
  • 6.3 bilion liter diesel setahun
  • Jumlah penggunaan di Malaysia adalah sekitar 16.6 bilion liter setahun
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, harga minyak yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat untuk turun adalah sebanyak RM0.40 menjadikan harga minyak selepas Pilihanraya Umum ke 13 adalah sekitar RM1.50 seliter. Itupun sekiranya Pakatan Rakyat menang pada Pilihanraya Umum ke 13 kali ini.

Harga Minyak Turun 2013 : Harga Baru Selepas Pilihanraya?

  • Harga minyak sekarang : RM1.90 seliter
  • Harga minyak turun selepas Pilihanraya Umum ke 13 (janji manifesto Pakatan Rakyat) : RM1.50 seliter
Banyak duit kerajaan Malaysia untuk kos tambahan subsidi sehingga mampu merealisasikan harga minyak turun kepada RM1.50 kelak? Mana nak cari duit? Apakah mekanisme yang akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk menampung kos tambahan peningkatan besar bagi subsidi minyak kepada rakyat. Caranya yang Pakatan Rakyat mahukan gunakan adalag ialah :
  • Jika harga minyak turun 10 sen : kos tambahan dalam bentuk subsidi adalah berjumlah RM1.7 bilion setahun
  • Jika harga minyak turun 20 sen : kos tambahan yang perlu ditampung adalah sekitar (RM3.4 bilion)
  • Dan jika harga turun 40 sen (menjadi harga minyak terbaru kelak jatuh pada harga RM1.50) : jumlah subsidi tambahan untuk minyak adalah berjumlah RM6.8 bilion setahun
  • RM6.8 bilion setahun? Ya….besar bukan? Besar….
harga minyak turun
harga minyak turun 2013
Sumber : Laporan Tahunan Petronas 2011

Berdasarkan semakan laporan tahunan Petronas 2011, setiap tahun kerajaan Malaysia membayar subsidi gas kepada penjana jana kuasa bebas (IPP) sekitar RM6.4 bilion. Ya….sama seperti rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang yang menerima subsidi, taikun IPP di Malaysia (yang berjumlah 4 orang ini) juga dapat menikmati sebahagian besar subsidi gas sebanyak RM6.4 bilion. Jika anda baru pertama kali sampai ke Berita Semasa, boleh semak laporan Berita Semasa mengenai sejarah IPP di Malaysia (DI SINI).
  • YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  • Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  • Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  • Powertek Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  • Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Jadi apa yang Pakatan Rakyat mahu lakukan adalah mengalihkan subsidi gas untuk IPP sekitar RM6.4 bilion dan diagihkan sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menampung kos menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Hakikatnya selama ini taikun IPP ini sudah menerima & menikmati subsidi melebihi RM62.4 bilion sejak dari tahun 1997 lagi. Indahnya cara perniagaan mereka..

Adakah dengan pengumuma harga minyak turun sebanyak RM0.40 kepada RM1.50 akan menjadikan pendapatan kerajaan Malaysia berkurangan ataupun lebih teruk lagi bakal menjadi negara Malaysia menjadi bankrap kelak?

Tiada ulasan: