HALAMAN SANTAI
Ahad, 31 Mac 2013
Noh: Orang ramai disaran tubuh koperasi keluarga
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana penubuhan koperasi keluarga kaum India di Parlimen Tanjong Karang yang diwakilinya telah memberi sumber pendapatan baharu kepada anggota koperasi berkenaan.
“Konsep koperasi ini baik kerana menerusi koperasi ini, kita boleh kongsi untung yang dijana, iaitu siapa beli saham lebih mereka dapat untung lebih,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama komuniti India di Parlimen Tanjong Karang di sini, malam tadi. Turut hadir pengerusi eksekutif SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus.
Noh, yang juga Pengerusi Pembangunan Koperasi Tanjong Karang, berkata terdapat 52 koperasi di Tanjong Karang dengan enam daripadanya merupakan koperasi keluarga kaum India.
Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Tanjong Karang Datuk N.S.Krishnan dalam ucapannya berkata anggota koperasi yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga sendiri lebih mudah ditubuhkan dengan adanya hubungan kekeluargaan antara mereka.
“Kalau hendak memulakan koperasi, mulakan dengan anggota keluarga sendiri dahulu kalau susah hendak mengajak orang lain seperti antara adik beradik dan keluarga terdekat,” katanya.
Beliau berkata terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh diusahakan dengan penubuhan koperasi keluarga sekaligus menjana pendapatan anggota koperasi terbabit.
Pada majlis itu, Noh mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada setiap enam koperasi keluarga kaum India di Tanjong Karang untuk digunakan sebagai modal bagi mengembangkan perniagaan koperasi. – Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan