HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2013

Politik Tiada Kena Mengena Dengan Islam' Satu Pemikiran Yang Sangat Salah

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Takiri%20dan%20Zamri.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat berharap tidak ada lagi di kalangan rakyat negeri Terengganu yang beragama Islam, berfikiran dan menganggap, politik itu tidak ada kena mengena dengan ajaran agama Islam.

Setiausahanya, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pemikiran tersebut bercanggah dengan Islam sebagaimana yang telah diamalkan oleh para sahabat nabi Muhammad SAW.

"hakkatnya politik tak dapat (boleh) dipisahkan dengan agama (Islam), ketika nabi (Muhammad SAW) wafat pada hari Isnin, pengkebumian beliau telah ditangguh selama dua hari dua malam dan hanya dikebumikan ada hari Selasa malam.......kenapa?,

"kerana para sahabat nabi berkumpul (dan) berbincang (bermesyuarat) perihal siapakah yang patut dipilih menggantikan nabi sebagai pemerintah negeri Islam Madinah al-Munawwarah,"ujarnya.

Dr.Khairuddin berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin, bekas Penerbit dan DJ Radio IKIM di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, dekat sini pada Selasa malam, 26 Mac. [Lihat Video]

[Gambar - Dr. Khairuddin (tengah) bersama bekas Penerbit dan DJ Radio IKIM Ustaz Zamri Zainal Abidin (paling kiri) berbual dengan seorang penduduk di Seberang Takir selepas ceramah]

Menurutnya, jenazah nabi hanya dimandikan, dikafankan dan dimandikan serta dikebumikan, selepas selesai urusan pemilihan seorang pemerintah yang baru dan Abu Bakar dilantik sebagai khalifah menggantikan nabi SAW.

Beliau berkata, pemilihan kepimpinan oleh para sahabat itu disepakati oleh para ulamak, sama seperti urusan pilihanraya untuk melantik kepimpinan pada masakini

"dengan penerangan saya ini, saya harap tidak ada lagi orang Seberang Takir (dan negeri Terengganu) yang mengatakan politik tidak penting, yang tidak kesah dengan politik, tidak kesah siapa menang (pilihanraya) pun tak apa......salakan saya boleh makan,

"ini (ia) cara pemikiran yang sangat salah (kerana) seorang muslim (yang) seorang mukmin mesti prihatin dengan politik negara mereka,"tegasnya.

Tiada ulasan: