HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2013

Satu lagi mangsa liwat DSAI bakal buat pengakuan..

amnoworld.blogpot.com

Yang akan di dedahkan oleh peguam pula.. Kali neh kena liwat dalam penjara..

Ada video gak ke apa?

Kah kah kah

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.

"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.

Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.

Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya. - Mingguan Malaysia

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/03/satu-lagi-mangsa-liwat-dsai-bakal-buat.html#ixzz2P7gW9GnR

Tiada ulasan: