HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2013

Calon Azizah strategi singkir MB?

RUWAIDA MD ZAIN

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
 
SHAH ALAM – Spekulasi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) didakwa satu strategi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan Dr Wan Azizah diangkat sebagai calon menteri besar disebabkan kontroversi serta pertelagahan yang pernah dikaitkan antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Itu mungkin satu kaedah untuk menggantikan beliau (Abdul Khalid) selepas PRU13 jika PR kekal di Selangor. Takkan ketua parti menang di situ, orang lain memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Saya melihat itu sebagai satu langkah untuk menyingkirkan Abdul Khalid dan digantikan dengan Wan Azizah (tiada siapa boleh cakap banyak kerana beliau adalah presiden parti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus berkaitan kemungkinan Dr Wan Azizah bakal dilantik menerajui kerajaan Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid jika PR masih mengekalkan kuasa di negeri itu.

Bagaimanapun kata Jayum, Dr Wan Azizah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai menteri besar sebaliknya isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih sesuai menyandang jawatan menteri di peringkat pusat.

Beliau berkata, sebagai pemimpin utama parti Dr Wan Azizah seharusnya memainkan peranan yang lebih bersifat nasional untuk menarik sokongan rakyat kepada PR.

“Pemimpin utama parti sepatutnya mengintai dan mengidamkan jawatan lebih besar, menteri besar itu jawatan kecil kalau dibandingkan dengan menteri persekutuan, perdana menteri atau timbalan perdana, menteri kanan dalam sistem persekutuan.

“Saya faham beliau tidak boleh bertanding di peringkat parlimen kerana tempoh lima tahun selepas melepaskan Parlimen Permatang Pauh tetapi Wan Azizah lebih layak memegang jawatan lebih tinggi daripada menteri besar,

Tiada ulasan: