Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara
Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.
Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.
“Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.
Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.
“Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?,” tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.
Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.
Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.
Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan