Ini berlaku selepas Putrajaya berjaya menaikkan ranking daripada tangga 16 ke 14 pada 2012 awal tahun ini, termasuk semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kad laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebelum Pilihan Raya 2013.
Dalam laporan sempena ulangtahun ke 25 Ranking Daya Saing Dunia 2012 dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dari Switzerland, Amerika Syarikat (AS) berada pada kedudukan teratas diikuti oleh Switzerland dan Hong Kong. Ketiga-tiga negara berada di kedudukan ketiga teratas tahun lalu.
“Peraturan untuk daya saing adalah mudah: mengilang, mempelbagaikan, mengeksport, melabur dalam infrastruktur, mendidik, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
menguatkuasakan disiplin fiskal, dan di atas semua mengekalkan perpaduan sosial," kata Prof Stephane Garelli, pengarah IMD World Competitiveness Center dalam laporan itu.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menggariskan dalam laporan beberapa cabaran yang dihadapi negara tahun ini, termasuk mengurangkan defisit bajet dan mencapai imbangan fiskal untuk kemampanan ekonomi.
Gobenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyuarakan kebimbangan sama bulan ini, menggesa kerajaan untuk menunaikan janji sebelum pilihan raya di dalam bajet.
“Adalah penting untuk merasionalkan bajet defisit kerana Kerajaan juga telah membuat komitmen untuk berbuat demikian dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan bagi menguruskan tahap keberhutangan," kata Zeti selepas membentangkan 4.1 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia untuk suku pertama tahun ini .
Barisan Nasional (BN) telah menjanjikan dalam ikrar pilihan raya untuk kereta lebih murah, harga minyak diturunkan, membina rumah murah dan lebih banyak tunai akan diberikan – dianggarkan lebih kurang RM20 bilion.
Sementara Putrajaya menjangkakan untuk mengurangkan defisit fiskal Malaysia kepada 4 peratus bagi KDNK tahun ini dan 3 peratus pada 2015.
Dalam ranking IMD, negara jiran terdekat Malaysia, Singapura turut jatuh satu anak tangga dari 4 ke 5, sementara UAE meningkat dari 16 ke 8.
Negara lain dalam senarai sepuluh tertinggi termasuk Sweden, Norway, Kanada, Jerman dan Qatar. Taiwan, Denmark, Luxembourg dan Belanda adalah negara-negara lain yang disenaraikan di atas Malaysia.
Apabila ranking dimulakan pada tahun 1989, ia dipecahkan kepada dua kumpulan, dan Malaysia bersama-sama Singapura dan Hong Kong mengetuai senarai pasaran baru membangun.
Kedua-dua senarai digabungkan pada 1997 menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke 14. Malaysia berada di tangga 18 pada 2009 sebelum meningkat ke tangga 10 pada 2010, kedudukan terbaik dalam ranking sepanjang lima tahun lepas.
Antara rakan-rakan di rantau Asia Pasifik, Malaysia telah diletakkan di tangga ke 4 pada tahun 2013, sama dengan tahun lepas.
Pada Mac tahun ini, laporan tahunan ETP 2012 menekankan pengiktirafan daripada organisasi global, di mana kedudukan Malaysia meningkat daripada 18 pada tahun lalu kepada 12 tahun ini dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia, di hadapan Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland.
Indeks keyakinan AT Kearney’s Foreign Direct Investment (FDI) juga menunjukkan Malaysia meningkat dari kedudukan ke 21 pada 2010 ke tangga ke 10 pada 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan